Selamat datang kami ucapkan,
Kepada peminat-peminat semua,
Kepada peminat-peminat semua,
Kami di sini hanya pasarkan,
Tentang Ain Maisarah yang sangat power!
Buku-bukunya sangatlah mengancam,
Apabila baca tidak ingat dunia,
Harap-haraplah pembaca semua faham,
Apa yang cuma disampaikan oleh admin semua.
Inilah dia kami mahu beri,
Ucapan daripada Ain Maisarah yang cantik tidak terperi.
Ucapan Rasmi AinMaisarah buat Admin-admin Fanpage AinMaisarah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat semua pembaca setia,
Pantun ini pengganti cerita,
Sempena pelancaran laman web berharga!
Sorong gergaji tarik gergaji,
Durian Musangking dalam perahu,
Fanpage dibina pembaca sendiri,
Buat Kak Ain rasa terharu!
Pisang montel dibawa belayar,
Masak semua di atas perahu,
Usaha ini tidak mampu dibayar,
Pasti dihargai diingati selalu.
Dua tiga hamster berlari,
Mana nak sama si hamster chubby,
Semua admin bakal beri informasi,
Berkenaan buku AinMaisarah terkini.
Pulau Pinang jauh ke tengah,
Gunung Ledang bercabang empat,
Admin mesti adil, cekap dan amanah,
Barulah semua dipandang hebat
Buai jangan laju-laju,
Nanti terperosok ke pokok sena,
AinMaisarah doakan semua maju,
Paling penting, pelajaran diutama.
Tanya sama kucing, apa sebab ekor goyang,
Nanti jawab kucing, sebab perut kenyang,
Sekian sahaja pantun ucapan sayang,
Semoga Fanpage ini kekal berpanjangan.
6 ulasan:
kak Ain!Semoga kak Ain dapat banyak idea lagi untuk buat novel!Happy new year(esok)
Semoga berjaya!
semoga berjaya kak ain.teruskan usaha!!!!
Keep it Up kak Ain...
ohseme la...
terbaik sangat.. saya suka sangat lagu Ain Maisarah ni.. siapa penyanyinya?
Catat Ulasan