Assalamualaikum dan selamat
sejahtera serta salam 1 Malaysia. La la la~ Cuti sekolah sudah menjelma namun saya
sudah kebosanan di rumah. Siapa yang pergi bercuti? Balik kampung? Atau pun
sibuk ke sekolah untuk ke kelas tambahan? Yang mahu ke sekolah tidak perlu
ajak, tetapi yang pergi melancong tu
ajak-ajaklah orang disini juga ya! Saya teringin mahu bersantai di pantai-pantai di Malaysia. Bawalah saya pergi ke pantai.. :'( Baiklah, saya sudah mula membuat
kerepek ( merepek ). Hehehe! ^_*
Kita teruskan pada tajuk asal dan matlamat utama kita.
PERKEMBANGAN KAK AIN NOVELIS PUJAAN KITA.
Adakah anda tahu bahawa Kak Ain sudah mula membuat persiapan
untuk pesta buku tahun 2013. Persiapan tersebut adalah mencari merchandise di
Ekspo Malaysian International Premium Gift di KLCC. “Tengah hari tadi saya ke Ekspo Malaysian
International Premium Gift di KLCC Convention Centre. Tidak banyak pempamer
kali ini. Hanya dapat beberapa sebutharga untuk beg dan kotak. Saya mencari
merchandise yang lebih unik, namun belum bertemu.” Kata-kata Kak Ain dipetik dari page Kak Ain Maisarah sendiri.
Kak Ain juga masih sibuk dengan program jelajah
sekolah yang masih belum sampai ke penamatnya. Kasihan pula saya melihatnya,
pasti penat kan? Tidak apa-apalah Kak Ain, teruskan berjuang demi peminat anda
yang sentiasa menanti dan memberi sokongan dari jauh, betulkan pembaca? Hehe.
^_^
Oh ya! Siapa yang pergi ke car boot sale yang diadakan pada 20 Mei 2012 . Seronok dapat berjumpa Kak Ain?
Untunglah sesiapa yang dapat pergi itu, saya tidak dapat pergi kerana tiada
siapa yang mahu ‘sponsor pengangkutan’. Hehehe!
FANPAGE AIN MAISARAH
Baiklah, untuk pertandingan Admin of The Month untuk bulan April, dimenangi oleh…
( Pukul dram laju-laju )
ADMIN…
….
SAKURA..Haha! Jangan marah ya! Saya main-main
sahaja. ( Berangan sebentar ) ^_*
Pemenang sebenar ialah..
…
ADMIN ALIA!!!!
Wahhh! Sekali lagi Admin Alia menjuarai
pertandingan Admin of The Month ini. Tahniah diucapkan. ^_^
Baiklah, sampai disini sahaja celoteh saya pada
hari ini. Silalah tonton video oleh Abang Aman yang bertajuk “Diari Kedai Pink”
sebagai penutup bicara.
Yang akan sentiasa merindui saat ini,
3 ulasan:
Wah! Blog ini semakin cantik,tahniah saya ucapkan kepada semua admin-admin
Terima kasih. :)|Admin Alia|
wah hebat!
Catat Ulasan