Ain Maisarah Berkongsi Cerita Ain Maisarah Berkongsi Cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Doa Kak Ain agar semua pembaca dan pengunjung blog yang baru dilancarkan ini berada dalam lindungan dan rahmatNya.

Buat pengetahuan semua, inilah blog yang dicipta dengan penuh susah payah oleh pembaca-pembaca AinMaisarah dan Kak Ain memberi kebenaran sepenuhnya bagi mereka mengendalikan medium komunikasi ini.

Sejujurnya Kak Ain tidak pernah menyangka, akan menerima sokongan sebegini hebat apabila menjadi seorang penulis. Kak Ain tidak pernah langsung berangan, akan ada pembaca yang sanggup buat Fan Club untuk Kak Ain. Sekejap dapat menyelami perasaan Dato’ Siti Nurhaliza yang mempunyai barisan peminat tegar yang menyokongnya sentiasa! Heheh… maafkan Kak Ain kerana melayan perasaan mahu menjadi ala-ala selebriti ternama! ^____^

Sebenarnya, Kak Ain tahu bukan mudah 10 orang admin daripada latarbelakang berbeza ini mahu bersatu dan berbincang bersama. Mereka mencetus idea, mengambil peranan menjawab soalan di Facebook dan membuat aktiviti kuiz untuk pembaca AinMaisarah yang lainnya.

Kak Ain juga amat bertuah kerana 10 orang pembaca buku-buku Kak Ain sanggup meluangkan masa memeriahkan Facebook Kak Ain dan Facebook Fanpage yang mereka cipta. Tanpa bayaran, tanpa suruhan dan tanpa sebarang balasan. Sungguh, Kak Ain amat menghargai usaha semua admin-admin di sini!
           
Semoga segala usaha membantu AinMaisarah ini dibalas dengan kebaikan berpanjangan, kejayaan dunia akhirat dan membantu skil penulisan supaya menjadi lebih hebat. Amin!

Buat semua pembaca AinMaisarah, mari kita meriahkan Fanpage ini! Mari kita berkumpul dan berkenalan sesama sendiri. Nanti apabila jumlah peminat makin bertambah, bolehlah kita buat gathering bersama-sama!

Terus setia di sini bagi mengetahui perkembangan terbaru Kak Ain. ^___^  Jaga diri semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah

Untuk akaun Facebook rasmi Ain Maisarah, sila tekan sini