Ain Maisarah? Ain Maisarah?

            Adakah anda pernah mendengar nama Ain Maisarah? Pernahkah anda tahu siapakah beliau? Ain Maisarah sebenarnya ialah penulis novel kegemaran kami semua di Kelab Peminat Ain Maisarah. Beliau menetap di Kuala Lumpur yang indah permai, tetapi sedikit berjerebu. Buku pertama beliau yang mencetuskan kerjayanya sebagai penulis berjudul Aku Mahu Popular. Ini sedikit biografi Ain Maisarah :

Latarbelakang diri AinMaisarah

Nama Penulis: Ain Maisarah Binti Daliman

Pencapaian Penulisan AinMaisarah:


a) dipilih menjadi DUTA penerbitan buku PTS Sdn Bhd.

b) dipilih menjadi penulis novel bersiri Berita Harian, hingga kini sudah menulis selama 3 tahun.

c) dipilih menjadi kolumnis Majalah ASUH bagi tahun 2013.

e) menjadi penulis novel yang mewakili Malaysia ke Singapura bagi membentangkan kertas kerja untuk AFCC 2013 (Asian Festival of Children’s Content)

f) menjadi antara penulis yang mempunyai paling ramai pengikut di media sosial baru iaitu Facebook. Hingga saat ini, AinMaisarah mempunyai 190,000 pengikut di FB

g) menjadi penulis yang membuka gerai promosi sendiri di pesta buku terbesar Malaysia iaitu Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Kedai ini diberi nama Kedai Pink AinMaisarah dan sudah dibuka selama 3 tahun. Tiga tahun berturut-turut juga dinobatkan sebagai Gerai Tercantik di PBAKL.

h) menjalankan program galakan membaca di sekolah-sekolah dan memberikan bengkel penulisan kepada 287 buah sekolah seluruh Malaysia. Program ini dinamakan sebagai Program Jelajah Sekolah AinMaisarah.

i) bekerjasama dengan stesen TV ASTRO bagi menukarkan 18 novel sedia ada menjadi drama kanak-kanak untuk saluran ASTRO CERIA.

j) menjadi penulis yang berjaya mengembangkan siri buku-bukunya dan mengumpul royalti RM800,000 sepanjang enam tahun menjadi penulis.

k) Kini membuka syarikat penerbitannya sendiri iaitu Blink Book Sdn. Bhd. yang sudah beroperasi selama 18 bulan dan menjana jualan buku bernilai RM3.2 juta setahun.

3) Latarbelakang Penulisan


a) Menghasilkan 42 novel di pasaran sejak tahun 2006 hingga sekarang (6 tahun)

b) Menghasilkan novel-novel yang fokus bertema untuk REMAJA berusia 9 hingga 17 tahun

c) Memastikan dalam setiap novel yang ditulis hanya menggunakan bahasa melayu standard. Tiada bahasa rojak, singkatan SMS atau slanga yang digunakan kerana mahu memastikan remaja didedahkan dengan penggunaan bahasa yang betul sahaja.

d) Memastikan setiap novel yang dihasilkan mengikut syariah Islam.

e) Setiap novel AinMaisarah mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi dalam memastikan remaja mendapat pengajaran di sebalik novel fiksyen yang dimiliki.


4) Hubungi AinMaisarah
Facebook Rasmi: 
www.facebook.com/ainmaisarah.novelis
Laman web: 
www.ainmaisarah.com
Emel Pengurus : syaizul2011@gmail.com

            Anda boleh berhubung dengan Ain Maisarah dengan satu klik di sini. Anda juga boleh menjenguk blog rasmi Ain Maisarah dengan satu klik di sini. Semua admin daripada Kelab Peminat Ain Maisarah mendoakan agar Ain Maisarah terus berjaya dalam bidang penulisan. Amin.


Salam sayang,
Semua admin Kelab Peminat Ain Maisarah

Sila klik sini untuk facebook kami ya!