Sabtu, 7 Januari 2012

Aku Mahu 'Aku Mahu' ! Aku Mahu 'Aku Mahu' !

Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia.

Bersua lagi kita di pagi yang indah ini di laman ini. Alhamdulillah, pengikut kami telah meningkat kepada 82 orang pengikut dalam masa 1 minggu. Berkat doa anda semua dan Ain Maisarah, blog kami mampu bertahan sehingga sekarang. Wah, terharunya ayat ini. Silalah menangis sekiranya ada yang rasa mahu menangis. Apa? Tiada tisu? Nah, rumah saya banyak tisu. Jangan malu-malu.

Saya yakin hari ini semua peminat sedang mengadakan aksi-aksi memanjakan diri di depan komputer atau Ipad atau Iphone atau Galaxy Tab atau yang seangkatan dan yang sekufu dengannya kerana hari ini ialah cuti Sabtu. Bagaimana dengan persekolahan anda? Seronok? Harap semuanya baik-baik sahaja.

Untuk entri kali ini, saya akan berkongsi berkenaan karya-karya Ain Maisarah yang dinamakan siri 'Aku Mahu'. Diulangi, 'AKU MAHU'. Bukan 'Saya Hendak'.

Berikut ialah senarai siri 'Aku Mahu' yang telah berjaya diterbitkan di bawah syarikat PTS One.

1) Aku Mahu Popular [novel paling best-seller]
2) Aku Mahu Saiz S
3) Aku Mahu Teman Tapi Mesra [sambungan dari tajuk Saiz S]
4) Aku Mahu Buli [permulaan kepada siri thriller Impiana]
5) Aku Mahu ke New York 1
6) Aku Mahu ke New York 2
7) Aku Mahu Superbibik [gandingan mantap bersama Izanor Sharif]

Setelah posisi Ain Maisarah berada pada kedudukan yang stabil dalam jualan karyanya, Ain Maisarah telah menubuhkan syarikat penerbitannya yang dikenali sebagai twinkle-twinkle little star. Okay tipu. Nama syarikatnya ialah Blink Book Sdn Bhd, di mana semua novel terbitannya diuruskan dan diketuai oleh cik abang beliau iaitu Tuan Syaizul Amal.



Ini pula ialah siri 'Aku Mahu' yang disambung namun di bawah Blink Book.

8) Aku Mahu Saiz XL [gandingan mantap Mama Bella]
9) Aku Mahu Lawan Hantu [gandingan mantap Hanna Johan]

Apa? Sudah habis? Belum! Masih banyak lagi siri-siri 'Aku Mahu' yang belum diterbitkan. Namun, ada siri seterusnya yang masih dalam perancangan. Seperti Lady Gaga, terdapat banyak gosip tentang siri Aku Mahu seterusnya oleh Ain Maisarah. Tajuk-tajuk ini kami masih klasifikasikan sebagai novel 'rumour' atau novel yang telah 'leaked' sepertimana lagu-lagu Lady Gaga yang telah awal-awal 'leaked' di internet. Namun, ada sebahagiannya telah disahkan sendiri oleh Ain Maisarah.

1) Aku Mahu Cincin Di Jari [bersama Naim Jalil atau Hanna Johan]
2) Aku Mahu Bunga Di Hati [bersama Naim Jalil atau Hanna Johan]
3) Aku Mahu Naik Cruise [bersama Izanor Sharif]
4) Aku Mahu Jadi Cikgu [disahkan oleh Ain Maisarah dalam status Facebooknya]
5) Aku Mahu Jadi Novelistar [bersama Jumie Haliza]
6) Aku Mahu Lesen P
7) Aku Mahu Lebih Berani
8) Aku Mahu Bergaya

[Sumber : Facebook AinMaisarah Novelis]

Maka tamatlah sudah entri berkenaan Aku Mahu 'Aku Mahu'. Untuk mendapatkan kemas kini tentang buku-buku terbaru, silalah rajin-rajinkan diri anda untuk menghadap laman kami dengan sepenuh hati.

Nantikan entri yang akan datang.

Sekian wasalam.

Ditulis dengan setulus dan seikhlas hati oleh Admin Faridzuan yang kurang handsome tapi comel.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hope kak ain akn trus mju dngn siri aq mhu yg terbaek!!!

amalin aisya berkata...

amalin:

saya harap lebih banyak lagi novel-novel akak yang akan keluar ye!!saya akn sentiasa menunggu!!klu bleh,bile saya besar nnti saya pon nak jadi macam akak,iaitu seorang novelis..oklah,saye harap akak akan lebih berjaya didalam bidang penulisan ini ye..