Sabtu, 21 Julai 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ! Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan !







Ramadhan kareem ! Hari ini , 21 Julai 2012 mencatat sejarah dalam Islam di mana aktiviti bersiam sudahpun bermula untuk tahun ini . Hah ? Siam ? Apa itu siam ? Siam di Thailand kah ? Ish , mengarut sahaja ! Bukan yang itulah !

Siam atau ejaannya dalam bahasa Arab ---> الصيام <--- bermaksud berpuasa . Tidak percaya ? Sila buka mushaf al-Quran masing-masing . Cari surah al-Baqarah ayat 183 . Lebih bagus sekiranya al-Quran itu terjemahan per kata . Betul tak ? :D

Berbalik kepada surah al-Baqarah ayat 183 :

"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون"


"Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu , agar kamu bertakwa."

Hah , umat-umat nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w pun berpuasa tahu ? Dalam agama lain juga ada amalan berpuasa . Jadi , anda tidak perlu berasa berat kerana menjalani ibadah berpuasa , kerana sebelum ini orang terdahulu zaman dahulu kala pun berpuasa . Nabi Musa misalnya , berpuasa selama 40 hari sebelum menerima Kitab Taurat . :D

Untuk lebih merasai keseronokan menyambut Ramadhan , marilah kita bersama-sama layan lagu comel daripada Raihan ini :D










Kita beralih kepada berita Ain Maisarah . #Ceh , macam pembaca berita pula ! :D

Untuk pengetahuan semua peminat Ain Maisarah , kini kak Ain sedang bermusafir untuk umrah dan ziarah selama lebih kurang sebulan . Di samping melaksanakan ibadah umrah di Makkah , kak Ain juga menziarahi tempat-tempat menarik seperti Masjidil Aqsa dan Madinah al-Munnawarah .


Rindunya mahu pergi ke sini ! :D

Wah , seronoknya ! Saya dan pastinya ramai lagi di luar sana mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke ketiga-tiga tanah suci umat Islam . Yang sudah pergi pun pastinya mahu pergi lagi . Oh !

Apapun , saya dan seluruh Kelab Peminat AinMaisarah novelis mendoakan agar kak Ain selamat pergi , selamat dalam perjalanan dan selamat sampai . Semoga dipermudahkan segala urusan dan segala doa dikabulkan . Amin , amin ya rabbal alamin ! :D


Sumber : Koleksi Peribadi Facebook Izanor Sharif Novelis

Penulis-penulis bersama Ain Maisarah juga sedang mengusahakan buku baru mereka . Abang Azanil Fitri sedang dalam proses untuk menyiapkan buku Siri Hero Sri Bangsar yang keenam , diberi tajuknya HERO VS KL GENGSTAR . Dalam siri kali ini , dengar cerita kostum Super 3G sudah dinaik taraf . Amboi , peningkatan ! :D Tidak sabar rasanya mahu mengetahui kisah protagonis yang berusaha menyelamatkan dunia dan antagonis yang tidak henti-henti mencuba menyebarkan kejahatan agar semakin berleluasa . Muahaha . #Gelak jahat xD

Kak Izanor Sharif juga mempunyai cerita tersendiri . Siri Dongeng Sri Bangsar yang kelima , Jack and The Beanstalk (dalam proses) sudah siap draf pertama untuk jalan cerita . Doakan agar ilham Kak Izanor sentiasa mencurah-curah untuk menghasilkan plot yang memikat hati semua ! Insya Allah .

Abang Aman Wan pula sedang bertungkus-lumus menyiapkan Nomik Lawak Sekolah siri kedua . Macam-macam perkembangan dilaporkan . Watak Nomik dalam Facebook semakin aktif , memeriahkan komuniti Nomik Lawak Sekolah . Wah , seronoknya ! Asyik xD


Beralih kepada aktiviti dan pertandingan . #Gaya pembaca berita terhebat :D

Di bawah kelolaan saya , saya mengadakan dua aktiviti . 

Pertama : Share my quote !

Kedua : Kuiz Terkumpul Ihya' Ramadhan

Kedua-dua aktiviti ini sudah saya terangkan panjang lebar di dalam note Facebook terbaru Fanpage AinMaisarah . Sila ke laman Facebook kami atau jika anda malas tahap dewa , tekan sahaja di sini ---> Click Here !

Pada pagi tadi , |Admin Faridzuan| atau nama adminnya ini , M Faridzuan Majid Novelis mengumumkan sebuah pertandingan yang dijalankan oleh Kak Izanor ! Haa , apakah aktiviti yang dijalankan itu ?

Jeng jeng jeng ...


Pertandingan Mengulas Siri Dongeng Sri Bangsar !

Klik sini untuk melihat terma dan syarat petandingan ---> Click Here !

Okeylah , rasanya sudah cukup panjang dan lama saya menekan papan kekunci untuk menyiapkan entri kali ini . Teruskan kesetiaan anda bersama kami kerana Fanpage memerlukan hanya lebih kurang 200 likers lagi untuk menjalankan Pemilihan Admin Terakhir atau nama glamournya PAT xD


Bercakap tentang admin , rupa-rupanya Admin of The Month untuk bulan Jun belum diumumkan lagi . Aduhai ! Mengamuk pula pemenangnya nanti . #Sebenarnya pemenangnya sudah mengamuk pun xD

Jeng jeng jeng .. Pemenangnya ialah ... |Admin Aina| ! Eh , saya di tempat kedualah ! xD . Pemenang pertamanya ialah ... |Admin Alia| ! Tahniah kerana berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali entah ke berapa . #Itulah , banyak kali menang , sampai tidak terkira :P





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ! Sebelum mengakhiri entri ini , saya ingin berpantun seperti galakan Kak Ain di laman Facebooknya :D

Jeling-jeling burung tempua ,
Burung tempua di atas sana ,
Selamat berpuasa kepada semua ,
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna .

Wallahu a'lam bissawab . |Admin Aina| <--- Klik untuk like page beliau ! :D



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehe.. Bestnya! Mesti kumpul siri dongeng ni!

Tanpa Nama berkata...

Aduhai, bukankah bagus kalau saya ada nombor Kak Ain? Tinggal order buku lalu telefon saja! Lebih senang daripada berhempas-pulas menjelajah beratus ribu kedai buku! Hmmm ya Admin Aina. Saya ada cadangan.
Mari makan buah kuini
Minum dengan si air sarsi
Bukankah lebih baik begini
Novel Comel jadikan satu buku koleksi