Sabtu, 12 Januari 2013

Hari Pertama Persekolahan Hari Pertama Persekolahan

Hai semua! Apa khabar? Kalau sakit, pergi jumpa doktor ya. :D Alhamdulillah. Sekarang sudah 2 minggu kita bersekolah. Pasti ramai yang ada kerja rumah. Saya sendiri pun ada. Rasa nak menangis saja. T_T (Kerja rumah saya : Sejarah, Geografi, Bahasa Melayu Komsas, Bahasa Melayu Karangan, Bahasa Inggeris , Sains, Matematik.) Tapi satu pun belum buat. Hehe.. Sila Jangan contohi sikap saya. :p

Bagaimana dengan hari persekolahan? Seronok? Bagi yang masuk asrama, tahniah saya ucapkan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah buat Admin Hidayah yang dapat masuk ke MRSM Langkawi. (:

Bagi yang baru memasuki alam sekolah menengah, selamat datang saya ucapkan. Hehe, seronok tidak sekolah menengah? Kalau tidak seronok pun, mesti rasa suka bila memakai pakaian seragam yang berbeza warna daripada sekolah rendah. :D

Mari kita baca pengalaman hari pertama persekolahan para admin Fanpage Ain Maisarah (: =

Admin Farid = Saya pakai seluar sampai naik pusat. Sesat di sekolah. Okey. Lagi? :3

Admin Soul = 
Pengalaman paling pertama sekali.. Saya masuk asrama ketika tingkatan 1 dan amat gementar.. Tetapi rakan sebilik cuba menenangkan saya, saya menyangka mereka itu baik tetapi akhirnya perangai mereka teserlah.. Jika saya mahu mandi pada waktu yang selamat, saya perlu bangun pagi lebih awal.. Pada waktu petang, ketika mereka bersukan.. Tetapi di sebalik pahit itu ada manisnya walaupun ibarat sebutir gula didalam seribu biji ubat..

Admin Nadia = 
Permulaan sekolah saya, memang bila budak kelas saya kecoh belaka.

Admin Syirah = 
First day of school..
Masa sampai, tak ada sorang pun tegur. Sedih -.- Masa nak beratur baru tegur sebab nak ajak teman pergi rehat sama-sama.


Setiap manusia ada pengalaman mereka sendiri di hari pertama persekolahan. Ada yang teruja. Ada yang berdebar. Ada yang malas. Ada yang sedih. Ada juga yang menangis (bagi adik-adik yang darjah 1)

Sebagai penutup entri, saya mahu kongsi Episod Ketiga AMAMI =


Wabillahi taufik wal hidayah, was salamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Jangan lupa buat kerja sekolah. ;)
Ditulis oleh,
|Admin Syirah|

Tiada ulasan: