Ahad, 29 Jun 2014

Salam Ramadhan Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Hai :D Apa khabar semua? Sebelum itu, admin mahu minta maaf kali sejuta sebab tidak dapat aktif blog seperti yang dijanjikan. Mohon jangan ada yang marah sehingga bawa obor api ya!

Ramadhan akan bermula tidak lama lagi. Tinggal beberapa jam saja. Pasti ada yang teruja sampai ada yang sudah merancang mahu makan apa untuk sahur dan berbuka, kan? Hehe.. Makan berpada-pada. Masa sahur, pastikan diri untuk minum air secukupnya. Makan banyak sedikit, bukan melantak tau!

Biasanya semasa hendak berbuka puasa inilah, ramai yang pergi mencari rezeki. Mungkin dengan cara menjual di bazar ramadhan, jual homemade biskut raya, ambil tempahan baju raya dan sebagainya. Eh, bila cakap fasal baju raya ni kan, siapa yang sudah shopping awal-awal? Admin sudah! Yayy... Eh? Belum lagi. Nampaknya, admin memang syok sendiri lah ini. Hehe.. *malu*


Banyak benda bermanfaat boleh kita buat masa bulan Ramadhan. Syaitan dah blah masuk neraka. Jadi, inilah masa untuk rechange balik diri kita. Siapa yang memang berazam mahu berubah masa Ramadhan ni, memang bagus! Janganlah kita fikir apa yang orang mahu kata. Macam mereka yang mahu berubah. Fikirlah apa yang kita buat ni untuk kebaikan kita juga, bukan?

Tetapi, berazam tu, berazam lah juga. Jangan lupa nak buat. ;)

Ops! Sekarang musim bola. Bagi yang memang 'truly footballer' tu, berpada-padalah ya.


Allah! Memang banyak manfaatnya bila tiba Ramadhan ni. Jangan tinggal solat fardhu, bagi yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini, banyakkan buat solat hajat. Manakala, banyakkan berzikir dan berselawat. Kalau boleh, khatam Al-quran sekali ya!

Jom buat checklist! :D

Admin akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa aktif dengan blog. Terima kasih banyak-banyak kepada admin Farid sebab aktif di facebook. Arigato Gozaimas! ^__^

Moga kita semua mendapat manfaat di bulan yang mulia ini. :) Salam Ramadhan Al-Mubarak!


Wassalam.

Tiada ulasan: