Sabtu, 31 Disember 2011

Pelancaran Blog Rasmi Kelab Peminat Ain Maisarah Pelancaran Blog Rasmi Kelab Peminat Ain Maisarah

Selamat datang kami ucapkan,
Kepada peminat-peminat semua,
Kami di sini hanya pasarkan,
Tentang Ain Maisarah yang sangat power!

Buku-bukunya sangatlah mengancam,
Apabila baca tidak ingat dunia,
Harap-haraplah pembaca semua faham,
Apa yang cuma disampaikan oleh admin semua.

Inilah dia kami mahu beri,
Ucapan daripada Ain Maisarah yang cantik tidak terperi.


Ucapan Rasmi AinMaisarah buat Admin-admin Fanpage AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat semua pembaca setia,
Pantun ini pengganti cerita,
Sempena pelancaran laman web berharga!

Sorong gergaji tarik gergaji,
Durian Musangking dalam perahu,
Fanpage dibina pembaca sendiri,
Buat Kak Ain rasa terharu!

Pisang montel dibawa belayar,
Masak semua di atas perahu,
Usaha ini tidak mampu dibayar,
Pasti dihargai diingati selalu.

Dua tiga hamster berlari,
Mana nak sama si hamster chubby,
Semua admin bakal beri informasi,
Berkenaan buku AinMaisarah terkini.

Pulau Pinang jauh ke tengah,
Gunung Ledang bercabang empat,
Admin mesti adil, cekap dan amanah,
Barulah semua dipandang hebat

Buai jangan laju-laju,
Nanti terperosok ke pokok sena,
AinMaisarah doakan semua maju,
Paling penting, pelajaran diutama.

Tanya sama kucing, apa sebab ekor goyang,
Nanti jawab kucing, sebab perut kenyang,
Sekian sahaja pantun ucapan sayang,
Semoga Fanpage ini kekal berpanjangan.

Salam sayang, admin Kelab Peminat Ain Maisarah dan Ain Maisarah



6 ulasan:

Siti Nur Aisyah berkata...

kak Ain!Semoga kak Ain dapat banyak idea lagi untuk buat novel!Happy new year(esok)

Aisya Hazirah berkata...

Semoga berjaya!

1zzah bloggerz berkata...

semoga berjaya kak ain.teruskan usaha!!!!

Tanpa Nama berkata...

Keep it Up kak Ain...

auni najah berkata...

ohseme la...

miera zatie berkata...

terbaik sangat.. saya suka sangat lagu Ain Maisarah ni.. siapa penyanyinya?