Ahad, 1 Januari 2012

Tahun 2012 menjelma! Tahun 2012 menjelma!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai pembuka bicara, admin-admin Fanpage AinMaisarah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua. Kami berharap anda mempunyai azam yang baru sempena tahun yang baru iaitu tahun 2012. Insya-allah.

SELAMAT TAHUN BARU KAMI UCAPKAN!
Admin-admin Fanpage AinMaisarah juga ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran yang anda beri untuk pelancaran blog rasmi kami pada jam 9 malam semalam. Kami juga ingin mengucapkan sejuta penghargaan dan terima kasih kepada Ain Maisarah kerana sudi melancarkan blog kami walaupun beliau sangatlah sibuk dengan pembikinan novel dan penerbitan buku-buku baru beliau. Marilah kita berdoa agar segala urusannya berjalan dengan lancar. Amin. Berikut ialah video-video yang dibuat sendiri oleh Ain Maisarah sempena pelancaran blog kami. Sila berhentikan lagu di bawah sebentar ya!
video
video

Apabila disebut perkataan sekolah, rata-rata pelajar terutamanya pembaca buku Ain Maisarah mula menjerit ketakutan kerana sekolah bagi sesi 2012 akan bermula pada 4 Januari 2012 terutamanya pelajar yang akan menghadapi ujian UPSR, PMR, STAM, SPM dan STPM pada tahun ini. Hal ini kerana, mereka merasakan bahawa ujian-ujian itu menyeksakan dan menyusahkan hidup mereka. Sebenarnya, mereka takut sekiranya ibu bapa mereka tidak membenarkan mereka membeli buku Ain Maisarah. Hehehe.

TIDAK!!!!!!!

Kami semua mendoakan semua peminat-peminat Ain Maisarah dan peminat-peminat page kami agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran terutamanya yang akan menghadapi ujian yang berat tahun ini. Jangan main-main ya! Suruhan Tuhan jangan lupa! Untuk meningkatkan semangat anda untuk bersekolah, marilah kita sama-sama mendengar lagu rasmi Sekolah Sri Bangsar ya? Sebelum itu, sila berhentikan lagu di bawah dahulu ya!

SENI KATA:
Kami pelajar,
Sekolah Sri Bangsar,
Kami berikrar,

Amal bakti,
Penuh dedikasi,
Mencapai cita murni,

Usaha terus usaha,
Jasa guru tak dilupa,

Kami putera puteri,
Teguh jati diri,
Mutiara pertiwi.


Bagaimana? Sudah bersemangat? 

Selain itu, Admin Farid juga telah membuat satu video khas sempena pelancaran semalam. Video tersebut terdiri daripada himpunan gambar-gambar peminat Ain Maisarah dengan bukti bahawa mereka telah menyokong Ain Maisarah melalui medium media massa. Mari kita tengok bersama-sama ya!
JANGAN KEMBANG HIDUNG YA SESIAPA YANG ADA DI DALAM GAMBAR INI!

Baiklah, itu sahaja untuk entri kami buat kali ini. Semoga terhibur dan teruskan kesetiaan anda bersama Fanpage AinMaisarah. Ingat semua, KITA SAYANG AIN MAISARAH!

Salam sayang,
Semua Admin Kelab Peminat AinMaisarah

3 ulasan:

Iman berkata...

Saya sayanggg AinMaisarah. ;D

FarahAdibah berkata...

Sayaaa saaayang AinMaisarah <3

Amalyn berkata...

Saya sayang sayang sayang sayang sangat dengan Kak AinMaisarah....LOVE YOU VERY MUCH KAK AIN <3 <3 <3