Selasa, 3 Januari 2012

Anugerah Admin-Admin Terbaik Tahun 2011 Part 1 Anugerah Admin-Admin Terbaik Tahun 2011 Part 1

Anugerah terhebat!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Topik hari ini senang sahaja. Hari ini kami akan mengadakan ‘Anugerah Admin-admin Terbaik Tahun 2011”. Anugerah ini hanya akan disampaikan di antara LAPAN admin-admin yang lama. Admin-admin baru tidak dikira undiannya. Undian ini 100% berada di tangan anda. Di dalam entri ini, kami akan umumkan admin-admin yang memenangi setiap kategori. Jadi, teruskan bacaan anda untuk mengetahui admin yang memenangi gelaran ADMIN OF THE YEAR.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah:-

1)      Admin paling sporting.
2)      Admin perempuan paling mesra.
3)      Admin lelaki yang perasan hebat.
4)      Admin paling rajin.
5)      Admin perempuan paling comel.
6)      Admin paling kelakar.
7)      Admin paling aktif di Fanpage.
8)      ADMIN OF THE YEAR.

 Baiklah, tanpa membuang masa, kami mulakan acara dengan kategori yang pertama iaitu anugerah admin paling sporting. Calon-calon kategori ini terdiri daripada semua lapan orang admin Kelab Peminat Ain Maisarah. Dengan penuh debaran di dada, kami umumkan. Pemenang anugerah admin paling sporting sepanjang tahun 2011 di dalam Kelab Peminat Ain Maisarah jatuh kepada, Admin Adza!

 Tahniah kepada beliau. Hasil kemenangan beliau adalah kerana undian anda juga. Mahu undi? Maaf, undian sudah ditutup. Bukankah kami sudah promosikan undian di page Facebook kami? Jangan menyesal kerana admin anda tidak menang ya?

Kami teruskan dengan anugerah admin perempuan paling mesra. Calon untuk kategori ini hanyalah terdiri daripada 5 orang admin perempuan. Calon-calonnya ialah, admin NoOr, admin Fatin, admin Irah, admin Hidayah dan admin Nadia. Mari kita lihat siapakah pemenangnya. Sabar. Sabar. Janganlah paksa kami! Yalah, kami cakap. Pemenang admin perempuan paling mesra ialah Admin NoOr!

Wah, kemenangan yang tidak disangka! Adakah beliau seorang yang mesra? Itulah keputusan yang anda telah undi. Jangan putus asa lagi. Kami masih ada 6 kategori untuk diumumkan. Harap bersabar ya?

Kategori seterusnya ialah anugerah admin lelaki yang perasan hebat. Apabila disebut tentang ‘perasan hebat’, apakah yang anda akan bayangkan apabila ada orang sebut perkataan tersebut? Dalam kata lain, mereka sebut ‘Macam Hebat’. Baiklah, kami sudah merapu. Admin perasan hebat ini terdiri daripada tiga orang admin-admin kita yang sangatlah hebat iaitu admin Ahmad, admin Farid dan admin Adza. Sesiapa yang menang anugerah ini memanglah HEBAT! Pemenang admin lelaki yang perasan hebat... Sekali lagi jatuh kepada Admin Adza!

Wah, memanglah beliau sangat dikenali dengan perangai perasan hebat beliau! Walaupun beliau perasan hebat, beliau juga antara yang teraktif di Fanpage. Antara sahaja! Tidak semestinya beliau yang paling aktif.

Anugerah yang keempat ialah anugerah admin paling rajin. Siapalah yang tidak mahu menjadi rajin di Fanpage kami? Siapa yang rajin, dia yang akan mendapat hasil. Jangan disangka, admin yang senyap dan tidak tulis apa-apa di Facebook kami tidak rajin. Diam-diam ubi berisi ya! Calon-calon untuk kategori ini terdiri daripada kesemua admin lama yang kami ada. Tidak termasuk admin Aina dan admin Alia. Pemenangnya sekali lagi ialah Admin NoOr!

Baiklah, kita berehat sebentar dengan iklan ini. Iklan ini ialah milik abang Aman Wan 100%. Kami hanya ada kuasa untuk memasarkannya sahaja. Iklan ini berkenaan dengan buku Jutawan Gedik. Moga terhibur! Kita jumpa lagi esok dalam...

ANUGERAH ADMIN-ADMIN TERHEBAT 2011!!!

Salam sayang, semua admin-admin Kelab Peminat Ain Maisarah.

Tiada ulasan: