Khamis, 5 Januari 2012

Anugerah Admin-Admin Terbaik Tahun 2011 Part 2 Anugerah Admin-Admin Terbaik Tahun 2011 Part 2

Kita bertemu lagi!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog Kelab Peminat Ain Maisarah!

Bertemu lagi kita semua pada hari yang mulia ini. Seperti yang telah dijanjikan oleh kami, kami akan menyambung topik berkenaan "Anugerah Admin-Admin Terbaik Tahun 2011" pada bahagian dua!

Seperti yang telah diketahui semua, keputusan ini berdasarkan undian yang telah anda buat tempoh hari. Hari ini, kami akan mengumumkan pemenang-pemenang anugerah lagi empat kategori iaitu:

1) Admin perempuan paling comel.
2) Admin paling kelakar.
3) Admin paling aktif di Fanpage.
4) ADMIN OF THE YEAR.

Sebelum kami mengumumkan pemenang-pemenang bagi kategori-kategori di atas, kami mahu berpesan kepada anda supaya jangan bertindak di luar dugaan apabila admin anda tidak menang seperti terjun daripada KLCC dan sebagainya. Nanti kamu tidak sempat membaca novel terbaru Ain Maisarah baru tahu.

Baiklah, seperti yang dinanti-nantikan oleh semua.. Kami akan mengumumkan nama pemenang bagi anugerah "Admin perempuan paling comel." Pada kategori ini, hanyalah admin NoOr, admin Fatin, admin Irah, admin Hidayah dan admin Nadia. Nama pun anugerah "Admin perempuan paling comel", mestilah hanya admin perempuan yang bertanding. Admin yang berjaya menyandangi anugerah ini, jatuh kepada... Sebelum itu, sila ketuk dram dahulu untuk menambahkan suasana gemuruh. Eh eh, kami bergurau sahajalah. Janganlah marah. Anugerah "Admin perempuan paling comel" berjaya disandang oleh Admin NoOr! Sila berikan tepukan gemuruh buat beliau yang sememangnya comel.

Kini, tiba masanya untuk kami mengumumkan pemenang bagi kategori keenam iaitu "Admin paling kelakar" Amboi, kelakar sangatkah dia sampai kamu semua mengundi nama dia? Baiklah, tanpa membuang masa lagi kami akan mengumumkan nama admin yang berjaya menyandangi anugerah tersebut. Eh, macam mahu mengumumkan anugerah Grammy Award pula. Pemenang bagi kategori keenam jatuh kepada Admin Farid! Dan sekali lagi sila berikan tepukan gemuruh kepada admin yang menang. Tepuk jangan tak tepuk.

Teruskan bacaan anda kerana kami akan mengumumkan nama-nama admin yang menang bagi dua lagi kategori iaitu anugerah "Admin paling aktif di Fanpage" dan "ADMIN OF THE YEAR". Sebelum itu, apakah perasaan anda semua setelah mengetahui pemenang bagi kategori yang kelima dan keenam? Terkejut? Suka? Marah? Kecewa? Sekiranya anda suka, Alhamdulillah! Tetapi sekiranya anda marah atau kecewa, kami mohon sekali lagi jangan bertindak di luar dugaan.

Kategori ketujuh pula ialah kategori "Admin paling aktif di Fanpage." Kesemua admin lama iaitu seramai lapan orang admin bertanding untuk kategori ini. Keputusan 100% berdasarkan undian yang telah kamu buat. Jadi, admin yang kamu undi ialah admin yang paling aktif pada pandangan kamu sendiri. Maka tanpa membuang masa lagi, kami akan mengumumkan pemang bagi kategori ketujuh jatuh kepada Admin Farid! Dan sekali lagi, sila rajinkan diri anda untuk menepuk tangan.

Kini tibalah kita kepada acara kemuncak. Pengumuman kategori terakhir iaitu "ADMIN OF THE YEAR"! Pasti admin yang berjaya menyandangi anugerah ini ialah admin yang hebat. Insan bergelar manusia yang berjaya memenangi anugerah bagi kategori terakhir ialah... Jeng jeng jeng.. Admin Adza! Berikan tepukan yang paling gemuruh buat beliau kerana telah berjaya meraih anugerah ini!

Kini, anda telahpun mengetahui pemenang bagi kesemua kategori. Maka berakhirlah upacara "Anugerah Admin-Admin Terbaik Tahun 2011". Kami mengucapkan tahniah kepada admin-admin yang telah memenangi anugerah ini. Harap semua akur akan keputusan yang telah diumumkan. Ingat! Mereka menang atas undian anda. Kami ucapkan tahniah sekali lagi. Terima kasih kerena membaca entri ini!. 
Marilah kita sebut bersama-sama! KAMI SAYANG AIN MAISARAH!

Inilah iklan yang seterusnya. Harap anda terhibur.



1 ulasan:

~Fatini Hamdan~ berkata...

Siapa yang tulis entri ini ya? Gaya penulisan membuatkan saya berminat mahu membaca sampai habis. Ada ciri-ciri ni! ^__^