Sabtu, 21 Januari 2012

Gong Xi Gong Xi ! Gong Xi Gong Xi !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat, ceria, gembira, bahagia, sukaria... Apa? Tidak berasa gembira? Mengapa pula? Bukankah cuti Tahun Baru Cina sudah menjelma? Marilah kita sama-sama mendengar lagu Tahun Baru Cina dahulu ya? Selamat mendengar! Silakan tutup dahulu lagu kami dibawah.


Wah, bersemangat sungguh saya! Oh ya, Saya tahu mengapa anda kelihatan tidak bersemangat! Kedatangan cuti ini sudah semestinya diikuti dengan gunung yang paling tinggi di sekolah iaitu Gunung Kinabalu Kerja Rumah. Bersabarlah ya! Saya dan para admin Fanpage sekalian juga turut merasai bahang kehadiran gunung yang "dinanti-nantikan" ini. xD

Yang paling penting, pengurusan masa perlu efektif. Rancang masa terindah dan berkualiti bersama keluarga dan pada masa yang sama, kerja rumah tetap jalan. Sudah tentu hidup akan aman bahagia. Sekian daripada pelajar "cemerlang". Hehehe.

MASA ITU EMAS!


Ehm! *Berdehem untuk menukar topik = = "

Perhatian kepada semua pembaca! Sekali lagi, ditekankan bahawa pautan di bawah ini adalah laman Facebook rasmi AinMaisarah Novelis, Fanpage AinMaisarah iaitu laman kami serta yang terbaru dan terkini dan mutakhirnya, laman Facebook rasmi abang hero kita, Azanil Fitri.




Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali menciplak atau menyamar bagi pihak mereka. Sudahlah palsu, berlagak seperti pemilik sebenar pula itu! Pihak yang ditangkap terbabit dalam perkara ini akan dihukum penjara 0 tahun atau didenda RM0.00 atau kedua-duanya sekali . *Lain macam sahaja hukuman ini = = "

Memanglah, hukuman sebegitu tiada di sini. Namun, anda sendiri tahu bukan. Menciplak atau menyamar bagi pihak orag lain adalah termasuk dalam kesalahan menipu. Melainkan anda sendiri mengaku menjadi admin, anda dikecualikan. Berbalik kepada topik menipu tadi. Menipu = Dapat dosa. Dapat dosa = Masuk neraka. *Saya tahu anda semua terutama pelajar sekolah rendah suka menggunakan 'quote' sebegitu. xD Mahukah anda disoal siasat di akhirat nanti semata-mata kerana perkara ini?

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri pencuri. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Fanpage AinMaisarah Sdn. Bhd. xD

Aha! Sebelum saya terlupa! Esok, jangan lupa saksikan Kak Ain Maisarah dalam rancangan Nona pada jam 2 petang di TV3. Sebelum menonton, pastikan solat Zohor dan makan dahulu. Biar bertenaga dan bersemangat menghadap televisyen. Huhuhu. Saya sendiri juga turut turun ke ruang tamu esok. xD



Terakhir. Terakhir yang dinanti-nantikan. Terakhir yang ditunggu-tunggu. Bersempena cuti-cuti Malaysia ini, kami ada sesuatu khas untuk anda! Iaitu... Jeng jeng jeng! Sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.




Alhamdulillah. Sampai di sini sahaja buat minggu ini. Saya mewakili pihak admin ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada peminat Kak Ain Maisarah yang berbangsa Cina. Semoga tahun ini membawa sinar baru dalam hidup anda semua. Sebelum mengundur diri, saya ada serangkap pantun khas untuk anda.
TAHUN NAGA!

Kalau ada pembaris panjang,
Boleh saya memukul awak lagi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertemu lagi.

Wallahu a'lam bissawab. |Admin Aina|


Tiada ulasan: