Sabtu, 28 Januari 2012

Minggu yang bermacam-macam! Minggu yang bermacam-macam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagaimanakah cuti anda? Seronok atau tidak? Atau ada sesetengah daripada anda hanya dapat cuti selama 3 hari saja? Kasihan. Jangan bimbang, cuti akhir tahun nanti, kita nikmati sehabis mungkin! Insya-Allah, kami akan membuat lebih banyak aktiviti dan pertandingan setiap kali waktu cuti persekolahan tiba jika mempunyai bajet yang cukup. Doakan kami ya?

 Entri kali ini, kami akan menceritakan tentang apa yang berlaku sepanjang minggu ini. Wah, memang banyak benda yang berlaku! Kami akan senarai dan huraikan satu persatu ya? Harap anda teruskan membaca entri ini.

 Sebagai pembuka cerita, adakah anda dapat lihat Ain Maisarah di kaca televisyen? Kepada sesiapa yang tidak tahu, Ain Maisarah telah menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Nona pada Ahad, 22 Januari 2012. Kepada yang dapat melihat kemunculan Ain Maisarah, syabas saya ucapkan! Kepada sesiapa yang terlepas, anda boleh tengok di bawah. Berhentikan dahulu lagu di bawah untuk bunyi yang lebih jelas. (Wah, saya masuk TV-lah! XD)



 Pada minggu ini juga, Ain Maisarah telah menjalani penggambaran bersama majalah Apartmen. Katanya, majalah Apartmen yang mempunyai artikel tentang rumah Ain Maisarah akan diterbitkan pada bulan April 2012. Mari kita serbu ramai-ramai kedai-kedai majalah seluruh negara dan beli majalah tersebut sehingga kehabisan stok! Berikut ialah sedikit gambar daripada penggambaran tersebut.



 Selain itu, Ain Maisarah juga telah mengumumkan jumlah-jumlah buku yang akan terjual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Kedai Pink Ain Maisarah tahun ini. Sila baca tulisan pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Kami tidak tahu buku apa, tunggu sehingga kak Ain umumkan di Facebooknya ya!



 Ada lagi! Pada waktu cuti ini juga, kami telah membuat satu pertandingan. Nama pertandingan tersebut ialah, ‘Pertandingan Membuat Header Blog Kelab Peminat Ain Maisarah’. Memang banyak sungguh penyertaan yang telah kami terima. Dengan pelbagai aneka warna, corak, rasa (Eh, mana ada rasa!) dan sebagainya. Kami bangga dengan anda semua! Berikut ialah beberapa header-header yang telah kami terima.














 Cantik-cantik bukan? Anda patut lihat penyertaan pemenang kami! Lagilah cantik! Saya serius! Cantik sangat. Sila klik gambar di bawah untuk melihat penyertaan beliau. Tahniah kepada pemenang ya? Header anda telah dijadikan header rasmi blog Kelab Peminat Ain Maisarah.



 Baiklah, itu sahaja entri buat minggu ini. Oh, sebelum saya lupa. Saya mahu minta ampun dan maaf kepada para pengunjung blog ini, peminat-peminat Ain Maisarah, admin-admin Kelab Peminat Ain Maisarah dan Ain Maisarah sendiri serta penulis-penulis yang menulis bersamanya. Selepas ini, saya tidak akan menjadi aktif lagi sebagai admin di kelab ini. Kenapa? Kerana saya akan ke KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) dan saya hanya boleh pulang sebulan sekali sahaja. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi beberapa bulan yang akan datang. Doakan kejayaan saya di sana ya?

Yang sedang bersedih, Admin Adza(Amin)

Tiada ulasan: