Sabtu, 14 Januari 2012

Perkembangan terbaru Ain Maisarah dan Program Jelajah Sekolah! Perkembangan terbaru Ain Maisarah dan Program Jelajah Sekolah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bagaimanakah permulaan tahun 2012 buat peminat Ain Maisarah semua? Seronok pergi sekolah? Atau kerja sekolah anda bertimbun-timbun banyaknya sehingga mengalahkan ketinggian Gunung Everest? Atau ada yang tidak bersekolah langsung? Walau bagaimanapun cara anda memulakan tahun 2012, saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU! (Eh, bukan sudah lamakah sambutan tahun baru?)

Banyaknya kerja rumah!

Apabila dikaitkan tahun 2012 dan Ain Maisarah, peminat semua pasti memikirkan tentang novel yang baharu bukan? Eh, sabar dahulu! Novel baharu dijangka keluar paling awal bulan Februari 2012 dan paling lewat ialah apabila Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan!

Secara tiba-tiba, Ain Maisarah membuat kejutan dengan bukan satu, bukan dua, tetapi TIGA kejutan. Saya merasakan bahawa anda semua sudah sedia maklum akan ketiga-tiga kejutan ini kerana beliau sudah mengumumkan kejutan tersebut di akaun Facebook beliau. Mahu tahu apakah kejutan tersebut? Sabar! Sabar dahulu! Janganlah paksa saya! Kamu semua bukan sudah tahukah?

Kepada yang dapat meneka apakah ketiga-tiga kejutan tersebut dengan betul, tahniah kami ucapkan! Berikut ialah kejutan yang telah diumumkan oleh beliau:

1)      Temuramah di rancangan Nona oleh Neelofa! (Sudah selesai)

2)      Penggambaran di majalah Wanita. (Sudah selesai)

3)      Temuramah dengan wartawan majalah Apartmen tentang dekorasi rumah beliau! (Belum selesai lagi)

Wah, Ain Maisarah akan bersama Neelofa di dalam rancangan Nona! Nampaknya Kak Ain kesayangan kita akan melangkah setapak hadapan dalam bidang penulisan ini! Makin popularlah beliau nampaknya. Bilakah Ain Maisarah akan berada di dalam rancangan Nona? Kata Kak Ain adalah pada 22 Januari 2012 iaitu pada hari Ahad. Jam berapa? Saya tidak pasti. Selalunya Nona pada hari Ahad adalah pada jam berapa ya? Berikut ialah gambar dan video semasa penggambaran tersebut diadakan.

Fuh! Adakah itu rak buku Kak Ain?


Selain itu, Ain Maisarah juga bakal menjadi salah seorang ikon yang ditemuramah oleh wartawan majalah Wanita! Wah, bertambah popular idola kesayangan kita ini! Tahniah daripada admin Kelab Peminat Ain Maisarah buat beliau! Berikut ialah salah satu gambar daripada penggambaran tersebut.

"Baiklah, sekarang awak posing macam itu pula ya!"

Maaf ya! Kami tidak mempunyai apa-apa informasi buat sesi temuramah Ain Maisarah bersama wartawan majalah Apartmen. Hal ini kerana, beliau masih lagi belum memberi apa-apa informasi tentang perkara itu. Jadi, teruskan kesetiaan anda bersama Ain Maisarah di akaun Facebooknya!

Contoh kaver majalah Apartmen

Baiklah, itu sahaja entri buat kali ini. Selamat bersekolah daripada admin-admin Kelab Peminat Ain Maisarah buat yang masih bersekolah. Manalah tahu anda boleh ajak Ain Maisarah ke sekolah anda melalui Program Jelajah Sekolah. Infonya boleh anda dapati dengan satu klik pada gambar di bawah.

Klik! Jangan tidak klik!

P/S: Kami akan mengadakan beberapa pertandingan semasa cuti Tahun Baru Cina nanti. Nantikanlah kemunculan kami ya!  Teruskan kesetiaan anda bersama kami! Kelab Peminat Ain Maisarah semua sayang akan Ain Maisarah !
Entri ini ditulis oleh, Admin Adza (Amin).

3 ulasan:

Intan Nabilah ( ila ) berkata...

ASSALAMUALAIKUM KAK AIN .....

SAYA ADALAH PEMINAT KAK AIN MAISARAH .....BANYAK BUKU KAK AIN MAISARAH YNG TLAH SAYA BLI .....KADANG 2 KALAU MNCARI BUKU KAK AIN MAISARAH KT KEDAI BUKU POPULAR KE , MPH KE MSTI TAK ADE ....TERUTAMANYA BUKU CERITA DONGENG SAMBUNGAN YNG KE 3 ....BUKU ALAUDDIN DAN LAMPU TIDAK AJAIB ....TPI SAYA NAK UCPKAN TERIMA KASIH KERANA MENJADI PNULIS BUKU YNG BERJAYA ......

*I LIKE YOUR BLOG KAK AIN MAISARAH *

fatini hamdan berkata...

Intan Nabilah (ila), ini bukan blog Kak Ain, tetapi blog peminat Kak Ain iaitu Fanpage AinMaisarah. Tetapi, apa-apapun saya suka baca entri yang ditulis oleh ahli Fanpage AinMaisarah. Semuanya BMT dan menarik untuk dibaca.

Balqis berkata...

assalamualaikum... akak ain. saya intan balqis peminat setia akak ain. saya dah baca biku projek fesyen ain maisarah.. (tapi pinjam kwn) jadi saya nak jadi cantik macam kak ain... boleh tolong kasi tips sedikit... trima kasih sayang kakak ain