Ahad, 11 Mac 2012

'Karangan terbaik' khas buat para pambaca 'Karangan terbaik' khas buat para pambaca

Assalamualaikum.  Hai hai hai semuanya. Apa khabar? Harapnya semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa bergembira seperti kami para admin disini yang akan sentiasa menceriakan hari anda! (Cehh,terasa seperti menjadi DJ radio pula! ^_^ )
                            
Seperti biasa, Admin Sakura yang suka bertanya ini mahu menanyakan satu soalan kepada anda semua. Adakah anda sudah mengucapkan “SELAMAT HARI LAHIR” kepada novelis kesayangan anda, KAK AIN MAISARAH? Apa? Belum? Hey! Hari lahir Kak Ain ialah pada 5 Mac tau. 6 hari yang lepas. Cepat pergi ucap sekarang! (Marah ni! Hahaha :P) Kepada yang sudah mengucapkan kepada Kak Ain, marilah kita ucapkannya sekali lagi. (Ayuh kita menjerit bersama! ) SELAMAT HARI LAHIR KAK AIN!!! ^_^ (Wahh! Bagus bagus. Jeritan yang menggegarkan!)
                             Original
Seterusnya, mengenai perkara yang saya rasa sudah semua sedia maklum iaitu mengenai ‘Admin of the Month’ yang akan dan telah dijalankan pada setiap bulan. Jika sebulan sebelum ini Admin Adza(Amin) sering membolot pengundian yang dijalankan, bulan ini ‘Admin of the Month’ diboloti oleh Admin Sakura pula. Tahniah diucapkan kepada Admin Sakura! ( Rasa janggal pula mengucapkan tahniah kepada diri sendiri ).  Selepas ini giliran admin lain pula membolot pengundian memandangkan Admin Amin sedang sibuk diasrama dan saya, Admin Sakura pula sudah hampir menamatkan tugas saya disini kerana peminat sudah hampir mencecah 5000 orang dan pemilihan admin terakhir akan dijalankan. (Sedihnyaa…! :’( )
Sebelum saya pergi kepada isi yang lain, saya mahu memberi tahu semua pembaca bahawa kami, para admin akan pergi berjumpa @ bermesyuarat (cehh!) bersama-sama Kak Ain pada hari Jumaat ini. Tempat dan masa dirahsiakan ya! Nanti kami akan bercerita di ‘page’ setelah perjumpaan tersebut selesai. Anda semua tidak perlu cemburu kerana pada bulan hadapan anda juga dapat berjumpa dengan Kak Ain di pesta buku nanti. Tarikhnya ialah pada 27 April sehingga 6 Mei 2012 bertempat di PWTC nanti. ( Tidak sabar rasanya mahu berbelanja sakan! ^_^)

                          
Baiklah baiklah. Isi yang seterusnya, ( Terasa seperti membuat karangan pula) tentang Pertandingan Teka Nama Watak yang telah diwar-warkan pada ‘entri-entri’  sebelum ini.  Nama watak yang terpilih adalah Robita (gabungan robot+Nobita yang suka menagis), Bard Badzli ( gaya nama budak stylo yang juga suka mengusik) dan Nera Elena ( soalah-olah nama watak drama Nora Elena yang juga garang seperti watak ini). Pemenang yang telah mencadangkan nama ini ialah Nurzahidah Nabilah (Robita), Nur Khairunnisa (Bard Badzli) dan Aishah Mohd Rapi (Nera Elena). Tahniah diucapkan! ^_^
Oh ya! Lupa pula saya. Maaf maaf! Buat pengetahuan semua pembaca, Rumah Pink AinMaisarah telah disiarkan didalam majalah Apartment yang bertemakan Modern-Classic  Chic. Sesiapa yang belum membeli majalah tersebut untuk melihat sendiri rumah Kak Ain bolehlah pergi membelinya sekarang ataupun anda boleh melihat sahaja gambar di bawah.

                            
Sekian sahaja ‘karangan terbaik’ saya pada hari ini. Silalah beri markah penuh ya! (Jangan nak menyampah pula dengan saya yang terlebih perasan hari ini!^_^ ) Sehingga kita ‘berjumpa’ lagi. 
Salam sayang sepenuh hati,jiwa,limpa, hempedu dan semuanya,
Admin Sakura ^_^

2 ulasan:

suraya berkata...

hehhe,,,,,,,,,,,,emmmm,,,,,tanz 4 the web

Syaqhirah berkata...

Saya suka novel kak Ain Maisarah yang PROJEK FESYEN AIN MAISARAH... ceritanya best and percuma sticker...tak rugi beli RM 21.00