Sabtu, 3 Mac 2012

FANPAGE AINMAISARAH!! Y U NO ACTIVE ANYMORE!! FANPAGE AINMAISARAH!! Y U NO ACTIVE ANYMORE!!







Assalamualaikum dan salam 1 ummah...
Seperti yang anda lihat pada tajuk dan gambar tersebut.. Benarkah Fanpage sudah tidak aktif? Ya atau tidak? Adakah anda pasti dengan jawapan anda? Jawapan sebenarnya ialah Fanpage kami bukan lagi tidak aktif, tetapi hanya kurang aktif. Kami akan mengadakan aktiviti jika berkesempatan sahaja seperti yang saya lakukan malam tadi.

          Mengapa? Adakah para admin sudah bosan? Ya atau Tidak? Adakah anda pasti dengan jawapan anda? Jawapan sebenarnya ialah para admin bukan bosan tetapi kami semua sedang sibuk dengan pembelajaran masing - masing, seperti yang anda semua tahu Admin Adza (Amin) sekarang sedang berada di KISAS jadi beliau hanya dapat menguruskan Fanpage ketika cuti panjang. Seterusnya, saya tidak pasti anda semua sudah tahu atau tidak mengenai berita ini, Admin sementara atau yang dikenali sebagai Admin Sakura juga berada di asrama pada waktu ini.

        Anda juga tahu bahawa Admin Sakura hanya akan bertugas sehingga peminat mencapai 5000 orang, jadi beliau tidak akan bertugas setelah kami membuat Pemilihan Admin Terakhir kecuali jika beliau menyertai pemilihan admin dan lulus dalam pemilihan tersebut maka Admin Sakura akan kekal di dalam Fanpage AinMaisarah, Jika tidak apa yang berlaku? Adakah Admin Sakura akan hilang seperti itu sahaja?

        Jawapannya, Admin Sakura akan menyambung tugas beliau di page Azanil Fitri Novelis dengan menggunakan nama Admin Sakura. Mahu tahu siapa Admin Sakura? Nama sebenarnya beliau ialah................................................................................... Ehem, Cari sendiri :P

        You Have been Trolled!
Trololol!


      Ehem.. Baiklah kembali kepada topik asal. Setelah saya fikir masak - masak sehingga terlebih masak otak saya ini. Akhirnya saya jumpa penyelesaian bagi memastikan Fanpage AinMaisarah sentiasa aktif iaitu dengan memerlukan bantuan para pengunjung setia Fanpage AinMaisarah.. Kami memerlukan bantuan dari para peminat sama ada dari segi aktiviti ataupun promosi page kami. Makin ramai peminat makin meriah dan makin cepat Pemilihan Admin Terakhir akan dijalankan ;)

       Akhir sekali, anda dipersilakan untuk mengundi admin yang anda suka bagi bulan Februari ADMIN OF THE MONTH (Februari) .. Nampaknya Admin Sakura mendapat sambutan yang hangat sekali. Mungkin inilah hadiah terbaik untuk Admin Sakura sebelum beliau meninggalkan Fanpage.Keputusan ADMIN OF THE MONTH (Februari) akan diumumkan pada minggu hadapan. Jadi pastikan anda sentiasa setia bersama kami dalam rancangan! Fanpage AinMaisarah!! (Nak berangan sebentar :P). Maka tamatlah topik mengenai Fanpage AinMaisarah. Mari kita sambung kepada perkembangan Ain Maisarah


Program  Jelajah Sekolah :
 PJS 150 : SMK Sungai Kapar Indah
 PJS 151 : SK Telok Panglima Garang
 PJS 152 : SMK Putrajaya Presint 11 (1)


Sedikit ayat yang dipetik daripada page Kak Ain :


Sila klik untuk besarkan gambar

Sila klik untuk besarkan gambar





Sedikit ayat yang dipetik daripada timeline Mat Blink :


      Baiklah itu sahaja pada hari ini, kita akhiri bacaan kita dengan tasbih kifarah dan suratul Asr..
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfirah.

Written by :

3 ulasan:

ChocolaTe GirL berkata...

canteq blog nie ~

Fanpage AinMaisarah berkata...

Terima kasih atas pujian anda :D

Tanpa Nama berkata...

wah!!