Sabtu, 24 Mac 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA SEMAKIN HAMPIR! PESTA BUKU ANTARABANGSA SEMAKIN HAMPIR!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

PESTA BUKU ANTARABANGSA SEMAKIN HAMPIR!

Wah,wah! Seronoknya! Tidak sabarnya! Boleh berjumpa Kak Ain Maisarah (yang sangat comel), Abang Azanil Fitri (yang kacak bergaya), Kak Izanor Sharif (yang sentiasa cantik), Mama Bella (yang sangat peramah lagi mesra alam orangnya), Abang Naim Jalil (yang segak sentiasa) serta Kak Hanna Johan (yang ayu, menarik dan tertarik.)

Oh ya! Sebelum pergi ke Pesta Buku Antarabangsa, perlu pastikan anda tahu dan khatam berkenaan segala maklumat berkenaan PBAKL ini. Jangan pula tersalah tarikh, tersesat jalan malu bertanya tak tahu (eh! Ini bukan lagu pokok- Hazama feat Meet Uncle Hussain ya!) dan tersilap lokasi pula. Ini maklumatnya:

Tarikh pesta : 27 April hingga 6 Mei 2012.
Lokasi pesta : Bangunan PWTC, KL.
Lokasi Kedai Pink AinMaisarah : L 12

Semasa pergi, sila pastikan anda tidak datang pada pukul 4.00 petang -5.30 petang  kerana dalam tempoh tersebut, Kak Ain pergi makan dan solat seketika. Maklumlah, Kak Ain juga manusia biasa. Perlu mengisi perut dan menunaikan kewajipan kepada Yang Esa sebagai hamba-NYA.

Kepada yang ingin memborong semua buku-buku lama kak Ain Maisarah, janganlah risau. Semua novel lama dan baru, novel comel, buku nota, fail, Button Badge, poster, poskad dan pelbagai lagi barang menarik akan dijual di Kedai Pink AinMaisarah.

Ini buku-buku terbaru yang akan dijual:

 Aku Mahu Cincin Di Jari - RM16.
 Aku Mahu Bunga Di Hati - RM16.
 Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib - RM16.
 Senah White dan Wannababes Kerdil - RM16.
 Nomik: Lawak Sekolah- RM16
 Hero Takut Zombi- RM16

Kepada yang tidak dapat menghadirkan diri, jangan pula bersedih dan menangis meraung-raung atau melakukan mogok terhadap ibu bapa pula. Jualan online akan mula dibuka pada 17 April 2012 hingga 27 April 2012. Tempahan akan mula dihantar selepas 6 Mei 2012. Pembayaran adalah melalui akaun Maybank. Segala maklumat lanjut untuk pembelian ONLINE akan dimaklumkan pada 17 April 2012.
Baiklah, saya akhiri pidato saya... Eh! entri ini dengan sinopsis Hero Takut Zombie. Nikmatinya!

SPM semakin hampir! Sekolah Sri Bangsar bercadang mengadakan kem motivasi buat bakal calon-calon SPM. Aktiviti tersebut dilaksanakan secara paksa oleh Cikgu Amnah, si Harimau Sri Bangsar. Cikgu Aziz Zatter pula dilantik menjaga keselamatan para peserta.
Kem motivasi pada mulanya berjalan lancar akhirnya menjadi huru-hara apabila makanan para peserta diracun oleh penjahat Agensi B1N1 yang ingin mensabotaj Cikgu Aziz. 
Akibatnya semua peserta bertukar menjadi zombi! Hanya Cikgu Aziz, Fasha, Shasha dan Diana yang terkecuali kerana tidak memakan makanan tersebut.
Kini mereka berempat bersatu tenaga membawa misi memulihkan semula peserta-peserta yang menjadi zombi. The Wannababes yang terkenal dengan gediknya, berpeluang beraksi sebagai superhero. Tetapi mereka jadi superhero yang super gedik! Berjayakah mereka melawan zombi-zombi Sri Bangsar dan seterusnya memulihkan semula keadaan seperti sedia kala? 
Semuanya bakal terjawab dalam Siri Hero Sri Bangsar: Hero Takut Zombi.

Salam sayang, rindu, peluk dan cium saya (untuk yang perempuan sahaja ya!)
I Admin Hidayah I




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ulasan senah white & 7 wannababes kerdil ?

hajar berkata...

wah!!bestnya!!!x sabarnya!!!wajib beli!!!hehe...