Sabtu, 31 Mac 2012

Hijrah ? Hijrah ?

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera .



Pasti semuanya pelik dengan tajuk di atas ini . Hijrah ? Sekejap . "Setahu aku , bulan Muharram sudah hampir empat bulan berlalu . Tiada pula ceramah tentang hijrah di sana-sini . Tiba-tiba penulis post ini mengarut tentang hijrah . Apa kejadahnya ?" =.="

Pasti monolog ini sedang berlegar-legar di dalam kepala otak anda . Sebetulnya , saya kering idea mahu menulis tentang apa . Hahaha . #Cover .

Pertama .

Semua pengguna Facebook sudah sedia maklum dan asyik diwar-warkan oleh Admin Alia a.k.a Milo bahawa semua page Facebook telah ditukar rekaannya kepada Timeline . Tidak terkecuali Fanpage AinMaisarah . ---> Click Here ! Oh , bencinya ! O Pening ! Ada post saya yang seakan ghaiblah , kemudian dengan susunan yang serabutlah , aduh ! Tolonglah Mark Zuckerberg . Saya nak dislike button , bukan Timeline . Ada faham ?

Tetapi biasalah , mula-mula memang ada mulut mengata . Lama-lama , senyap sepi , semua boleh terima . Betul bukan ? Biasalah itu xD

Hijrah ialah perubahan . Dan perubahan memang sukar . Ada sahaja yang tidak senang dengan perubahan kita . Itu sudah pasti . Tetapi kita tidak perlu pedulikan semua itu . Bagaimana mahu ubah diri kalau sentiasa memikirkan kata-kata orang ?

Contohilah Mark Zuckerberg . Walaupun satu dunia mengutuk tindakannya mengadakan Timeline , tetapi dia tetap redah juga . Dan hasilnya , lama-lama orang akan senyap sendiri dan perubahannya ke atas Facebook lama-kelamaan akan diterima umum juga . Betul bukan ? Haaa .. silalah ambil iktibar xD

Walau bagaimanapun , saya suka foto kaver kak Ain ! Mahu lihat ? ---> Click Here !

Kedua .

Malam ini , 31 Mac . Esok , 1 April . Begitu cepat masa berlalu . Kita kini dalam frasa berhijrah dari satu bulan ke satu bulan yang lain . Hmm . Jadi , bagaimana pelajaran anda semua ? Semakin baik atau semakin jahanam macam saya ? Erkk , nauzubillahi min zalik . Saya pun sedang serabut , tetapi perubahan memang sukar . Bukan senang mahu berhijrah dari peringkat PMR ke peringkat SPM . Banyak kejutan yang dihadapi . Insya ALLAH , ALLAH bersama saya , tiada apa yang mustahil . ALLAH bersama anda , tiada apa yang mustahil . Terus ber DUIT , iaitu Doa , Usaha , Ikhtiar dan Tawakal ^_^

Cakap fasal masuk ke bulan April serta DUIT , silalah buat satu perubahan baru dengan belanjawan anda . Walaupun anda bukan Perdana Menteri Malaysia , buat kali ini saya meminta , beranganlah menjadi Perdana Menteri yang membuat Bajet 2012 secara berhemah . Sasarkan untuk menyimpan setiap hari . Ikatlah perut anda dengan tali semasa rehat waktu sekolah untuk menjimatkan wang . Sekat pengeluaran wang dari tabung untuk bulan ini . Cari sebanyak mungkin dana sama ada dengan cara usaha (jangan mencuri sudah) atau buat mata berkaca-kaca depan ibu bapa .

Mengapa ? Mengapa ... oh mengapa ? Kejamnya saya menyuruh anda ikat perut semasa rehat ! Hahaha . Saya gurau sahaja . Jangan buat betul-betul pula . Kena saya nanti . Keluar suratkhabar muka depan . Seorang pelajar mati kerana ikat perut semasa rehat persekolahan kerana disuruh oleh salah seorang admin Fanpage AinMaisarah . Ke penjara saya nanti ! =.=

Okey , silalah berhenti mengarut . Lihat post di bawah ini . Terdapat pelbagai pakej menarik menanti anda semua untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 27 April sehingga 6 Mei 2012 di PWTC . Kak Ain akan berada di Kedai Pink Ain Maisarah setiap hari . Ulang suara , SETIAP HARI ! Tidak percaya , sila klik di sini ---> Click Here ! Jadi , jangan lepaskan peluang ya ! Apa ? Mahu jumpa saya juga ? #Perasannya -.- . Nanti saya beritahu hari bila saya datang Dewan Tun Hussein Onn itu . Okey ?



Ketiga .




Klik pada gambar untuk tumbesaran dan info tentang PBK ini ! ^_^


Pada masa ini , berlangsungnya Pesta Buku Kelantan . Kak Ain turut turun padang menjayakannya tengah hari tadi dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari . Rata-rata ramai di antara mereka amat gembira dan seronok dapat bertemu dengan novelis kegemaran mereka . Amboi , ini buat saya cemburu ! Hahaha . Mahu tengok muka-muka ceria mereka ? Silalah klik di sini ---> Click Here !

Sabar , sabar . Bagi mereka yang belum bertentang mata dengan kak Ain seperti saya , silalah tunggu peluang keemasan nanti . Suatu hari nanti pasti anda pula yang akan termasuk dalam gambar-gambar di Facebook kak Ain . Chill . xD

Kak Ain akan sentiasa menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan peminat yang selama ini menyokongnya . Program Jelajah Sekolah ada . Maklumat lanjut di sini --> Click Here ! Haa , ini lagi seronok kerana kak Ain akan turun ke sekolah-sekolah , tidak perlu bersesak-sesak di Pesta Buku . Bersesak di sekolah boleh tahan lagi , macamlah anda tidak biasa bersesak di kantin dan dewan xD . Kalau di Pesta Buku , sampai susah saya mahu bergerak untuk melepasi Kedai Pink tahun lepas . 10 minit berdiri di tempat yang sama , tidak bergerak langsung . Seksa jiwa raga . -.-

Keempat .

Hari ini hari apa ? 31 Mac , cikgu ! Sudah berakhir bulan Mac . Bererti ...

ADMIN OF THE MONTH kembali lagi ! Versi bulan Mac . Silalah membuang undi di sini ---> Click Here !   Undian anda tidak sah sekiranya anda tidak mengundi saya . FAHAM ?! #Oh , kejamnya ! Tidaklah , saya gurau sahaja . Undilah admin kegemaran anda . Saya tidak kisah pun :P #Buat muka selamba sambil jelir lidah  , padahal dalam hati rasa mahu berkempen "undilah saya" ! xD

Okeylah , sebelum saya mengarut dengan lebih mengarut , saya undur diri dahulu . Segala yang baik datang dari ALLAH , segala yang mengarut itu datang dari diri saya sendiri .

Wallahu a'lam bissawab . |Admin Aina| ---> Click Here ! to 'like' her page xD #Sempat mewar-warkan lagi xD

Tiada ulasan: