Ahad, 15 April 2012

Admin Of The Month (Mac) Admin Of The Month (Mac)

    Assalamualaikum, semua. Semoga anda semua berada di dalam keadaan yang baik. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf bagi pihak kami kerana lewat mengupdate blog hari ini dan tidak bercerita tentang Admin Of The Month untuk bulan Mac pada entri yang lepas. Saya juga baru teringat yang sekarang sudah masuk hari Ahad.

    Baiklah, tanpa membuang masa lagi saya ingin mengumumkan pemenang Admin Of The Month (Mac). Sebelum itu, mari kita imbas kembali status Admin Of The Month (March):

Admin Alia: 51 undian
Admin Farid: 32 undian
Admin Adza (Amin): 28 undian
Admin Soul: 24 undian
Admin Aina: 24 undian
Admin Hidayah: 23 undian
Admin Sakura: 19 undian
Admin Noor: 16 unidan
Admin Nadia: 16 undian
Admin Fatin: 14 undian

    Jadi, seperti yang anda semua sudah sedia maklum, juaranya ialah Admin Alia iaitu saya sendiri. Tahniah di ucapkan kepada saya. (Ok, ini agak pelik. :P)

    Rasanya, semua orang sudah tahu tentang Tsunami yang dikatakan akan melanda pada 11 April hari itu. Adakah anda merasai gegarannya? Bagaimana rasanya? Saya tertanya-tanya kerana saya tidak merasai gegaran tersebut. Tahukah anda, Kak Ain juga mengalaminya? Sila baca petikan di bawah untuk mengetahui maklumat selanjutnya.

    "Semasa gegaran tadi Kak Ain cuba untuk bertenang sahaja. Minit pertama hingga minit kedua, Kak Ain kata pada diri sendiri, ia akan berakhir cepat. Oleh kerana Kak Ain duduk di tingkat paling atas sekali, Kak Ain dapat merakan ayunan bangunan. Terasa sedikit pening. Pada minit ketiga, Kak Ain terdengar bunyi jiran-jiran bergegas tutup pintu dan berlari ke lif. Sewaktu itu Kak Ain terus bingkas bersiap untuk keluar rumah. Tidak sampai beberapa saat, gegaran berhenti. Lega." -dipetik dari status AinMaisarah Novelis

    Apa-apa pun, Alhamdulillah kerana semuanya selamat. :)

Maklumat mengenai PWTC
    Untuk yang masih tertanya-tanya dan tidak jelas, anda boleh Klik Sini untuk mendapatkan info. Juga dikhabarkan bahawa penulis kegemaran kita, Ain Maisarah tidak berjaya mendapatkan lokasi yang baik seperti yang sebelum-sebelumnya untuk Kedai Pink AinMaisarah. Lokasi kali ini agak sempit dan sukar dicari. Namun begitu, beliau tetapi akan memastikan yang rekabentuk kedai kali ini selesa seperti tahun-tahun yang sebelumnya untuk berjumpa dengan pembaca-pembaca sekalian.

   Baiklah, itu sahaja daripada saya untuk kali ini. Maaf sekiranya ianya kurang memuaskan. (Saya mengantuk dan otak saya tidak dapat berjalan dengan baik.)

Assalamualaikum! =)

Yang mahu tidur,
Admin Alia
    

Tiada ulasan: