Sabtu, 7 April 2012

::SiriBukuKanakKanak:: ::SiriBukuKanakKanak::

 Assalammualaikum Dan Salam Satu Malaysia

Bersama saya sekali lagi di dalam Blog Peminat Ain Maisarah :)
Terima Kasih kerana setia.[Ceh,boleh jadi wartawan atau tidak xD ]

Baiklah,untuk pengetahuan semua,penulis remaja terhebat di Malaysia,
tidak lain dan tidak bukan pastilah Ain Maisarah.Beliau akan menerbitkan 
Siri Buku Kanak-Kanak.Masih di tahap perancangan.Mari kita doakan agar Kak Ain berjaya!
Terdapat 5 kisah cilik dan comel yang dirancang buat masa sekarang.

1)Amir dan Amira
Kembar dua beradik ini belajar di Tadika Sri Bangsar. Nakal macam Sin Chan. Tidak pernah takut apa-apa. Kerengga pun dipicit mereka. Melalui pelbagai pengalaman dunia kanak-kanak yang melucukan.

Antara komen para peminat:-
Nazurah Norizam: Comel la gambar ni Kak Ain!
Syahirah Haziqah Yang ini comel! Pasti ceritanya mencuit hati. :D

Wah,pasti menarikkan?Eh,bukan ini sahaja!Ada lagi.

2)Super Solehah :)
Watak kanak-kanak perempuan yang sangat aktif, boleh melakukan apa sahaja aktiviti. Boleh main bola sepak, boleh jadi master chef, suka meneroka apa sahaja aktiviti. Syarat utama, Super Solehah tidak pernah menanggalkan hijab tudungnya.

 Super Solehah mahu berjaya dunia akhirat!



Antara komen para pembaca:

Shera Sone: Zaman sekarang lagi bagus buat watak islamik .Lagi-lagi untuk budak2 . Suka yang ni .
Mirei-chan MelodyWah,semuanya hebat-hebat!Mesti berjaya di dunia dan Akhirat!Ini gadis-gadis yang patut dicontohi! :)



Ada lagi tau!


3)Ain Kecil Di Alam Dongeng

Ain Kecil bersekolah di Tadika Sri Bangsar. Selalu tertidur kerana lewat dijemput ibubapa dan bermimpi memasuki alam dongeng. 
Ain Kecil bertemu 'Red Riding Hood' 'Ugly Duckling' dan 'Kancil & Kura-kura'.

Antara komen para peminat:-
Lisa Khalisah: Comelnyaa!
Ameera Juliyana JalalMini Kak Ain .


4)Pengembaraan Buku si Puteri

Puteri, kanak-kanak perempuan yang suka membaca buku... akan memasuki pelbagai alam. Membaca buku ke Eropah, Puteri pasti berangan-angan dia berada di sana. Pegang buku mumia dan piramid, Puteri dapat belajar sejarah negara-negara. Banyaknya yang dapat dibelajari dengan membaca!

Antara komen para peminat:-
Mirei-chan Melody Imaginasi si Puteri hanya boleh dijelajahi oleh pembaca buku seperti dia!Saya nak join! :)
Nur Shafiqah cute lah Puteri ! Bestnya kalau dapat cubit pipi dia !



5)Ustazah Kecil

Auna, sejak kecil lagi mesti memakai telekung 'pink' ke mana-mana sahaja. Apabila ditanya cita-citanya, Auna mahu jadi ustazah paling berjaya. Auna akan belajar cara solat, hormati ibu bapa dan asas-asas agama dengan cara paling santai dan kelakar. 
Aunalah Ustazah Kecil paling terkenal di Sri Bangsar.



Sekian,dari saya,Admin Nadia,melaporkan untuk Blog Fanpage AinMaisarah :)





Tiada ulasan: