Sabtu, 19 Mei 2012

Wah, hebatnya Kak Ain! Wah, hebatnya Kak Ain!

Assalamualaikum dan Salam 1 ummah...
Alhamdulillah.. Jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah kerana anda masih lagi terjaga sehingga hari ini.. Tidak semua orang dapat hidup lama.. Ada yang mati sebelum sempat menjejaki dataran sekolah tadika.. Ada juga yang mati ketika lahir.. Jadi sedarlah wahai manusia.. Nyawa kita berada di tangan Tuhan.. Bila - bila sahaja nyawa kita boleh di ambil.. Hanya orang yang beriman sahaja boleh nampak tanda - tanda sebelum kematian manakala mereka yang fasik , munafiq dan kafir , mati secara mengejut.. Sebagai contoh mereka yang suka merempit akhirnya mati begitu sahaja sebelum sempat bertaubat..

Baiklah tamat tazkirah ringkas pada hari ini.. Kita sambung pada hari ini.. Topik mengenai apa? Entahlah saya pun tak ingat.. Haha.. Sudah tentulah mengenai perkembangan Ain Maisarah xD

Pada minggu yang lepas Kak Ain baru sahaja menghabiskan masa bersama keluarganya yang tersayang setelah 5 bulan tidak bertemu.. Bayangkan sekiranya kita berpisah dengan keluarga kita selama sebulan sahaja.. Sudah tentu kita amat merindui mereka apatah lagi 5 bulan.. Kak Ain meluangkan masa bersama mereka  hanya 3 hari sahaja.. Walaupun hanya 3 hari , sudah pasti ia akan memberi kenangan yang tidak terhingga kepada Kak Ain..

Sila klik di sini untuk melihat gambar - gambar kenangan indah Kak Ain..

Baru - baru ini juga Kak Ain telah selesai membuat rakaman KEMBARA BUKU , RTM 1 ,bersama Tuan Sayed Munawar di rumah beliau yang cantik dan penuh dengan warna pink.. (tak semua penuh dengan pink rasanya xD).. Tarikh rakaman ini akan disiarkan masih belum diketahui dan akan dimaklumkan oleh Kak Ain di minggu hadapan..










Seterusnya bagi sesiapa yang belum melihat komik yang pernah dihasilkan oleh Abang Azanil Fitri, (nak panggil atuk pun boleh) , bolehlah lihat sekarang.. Walaupun amat ringkas tetapi tetap menarik xD

*Sila klik untuk besarkan gambar*

Akhirnya setelah tamat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, selepas bercuti di Genting Highland dan juga selepas bertemu dengan ahli keluarga.. Kak Ain mengaktifkan diri semula dengan meneruskan Program Jelajah Sekolah.. Wah! Betapa letihnya menjadi seorang penulis.

Pada esok hari pula iaitu pada 20 Mei 2012.. Kak Ain akan berada di hadapan   Perpustakaan Kuala Lumpur bagi menjual semua buku-buku Kak Ain melalui kaedah "CAR BOOT SALES". Bagi mereka yang tidak dapat hadir PBAKL bolehlah bertemu Kak Ain pada esok hari.. 

      Tarikh : Ahad (20 Mei 2012)
      Masa : 9 pagi hingga 12 tengahhari.
      Lokasi : Perpustakaan Kuala Lumpur sebelah Dataran Merdeka.
     Cari kereta Kak Ain : Kereta Murano Putih yang telah dihias PINK.

Baiklah itu sahaja pada hari ini.. Kita habiskan pembacaan kita (penulisan bagi saya) dengan tasbih kifarah dan Suratul Asr... Sila tonton video di bawah jika anda belum cukup terhibur.



Yang hampir tertidur ketika menulis :


1 ulasan:

ranmabon berkata...

MGM National Harbor Casino & Racetrack - Mapyro
View 양산 출장마사지 all information and reviews 제주 출장마사지 of MGM 안산 출장샵 National Harbor Casino & 전주 출장마사지 Racetrack in Washington, 밀양 출장안마 D.C. MGM National Harbor Racetrack is located in Washington, D.C.