Sabtu, 12 Mei 2012

::Pesta Buku Melabuhkan Tirainya:: ::Pesta Buku Melabuhkan Tirainya::

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Dengan ini saya Admin Nadia,dengan malu-malu kucingnya, memohon  maaf  atas kelewatan menulis.

Seperti yang anda semua tahu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 sudahpun secara rasmi melabuhkan tirainya pada 6hb Mei yang lepas pada pukul 9.00 malam. Orang ramai tidak putus-putus berkunjung ke PWTC sepanjang Pesta Buku itu berlangsung. Itu tandanya, masih ramai yang berminat membaca novel atau buku cerita selain daripada menghabiskan masa menghadap komputer, iPad, Tab, laptop dan sebagainya.

Okey. Memandangkan giliran admin yang menulis entri ini tidak berpeluang untuk mengunjungi Pesta Buku pada tahun ini, maka, tak dapatlah saya nak bercerita dengan lebih lanjut. Hehe.

Apa yang pasti, Gerai Pink Ain Maisarah telah memenangi sebuah anugerah iaitu anugerah gerai tercantik bagi Tahun 2012!!! Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kak Ain dan pihak yan turut menjayakannya.




Comelkan Kak Ain Maisarah kita ni ;)



Kak Ain bersama Gadis Bintang.
Oh, ya! Lupa mahu beritahu! Maskot Gadis Bintang dan Super 3G juga ada! =D

Kak Ain dan semua krew juga telah bercuti di Genting selama 3 hari 2 malam. Wah, seronoknya! Alangkah bagusnya, sekiranya saya juga turut serta bersama mereka. <3

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi! Terima kasih kerana membaca. =D

P.S. Bagaimana peperiksaan yang sedang melanda kebanyakan sekolah?
Oh ya, saya tiada PMR dan secara automatik,tiada peperiksaan <-- Dengan bangganya xD

Sebelum itu, untuk sesiapa yang masih belum melihat video yang dirakam oleh Mat Blink a.k.a Aman Wan, boleh Klik Sini.

Sekian, Admin Nadia.

1 ulasan:

Allie Foster berkata...

Wah...Tahniah Kak Ain....Memang Gerai Pink Yang Terbaik Di Pesta PWTC Kali Nie!!!

love,
trisha_panda