Sabtu, 5 Mei 2012

Pesta Buku di rumah sendiri ? Pesta Buku di rumah sendiri ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera .

Hai hai hai ! Apa khabar semua ? Buat kesekian kalinya saya akan menulis di sini sebelum saat-saat yang saya benci akan bermula . Apakah saat-saat itu ? Ya , saat di mana saya akan duduk lenguh selama berjam-jam , saat di mana saya merenung kertas dan kertas pun merenung saya , saat di mana otak saya akan bekerja semaksima mungkin bagi memerah idea . Ya , tepat sekali . Jawapannya ialah MINGGU PEPERIKSAAN ! :P

Siapa pernah tidur waktu exam ? Haa .. saya ! Periksa satu jam (BM) tidur setengah jam xD


Persiapan saya ? Jangan ceritalah . Tiap-tiap malam saya memasang niat untuk membuat ulangkaji , tetapi saya lupa untuk memasang mata saya . #Jadi faham-fahamlah ya xD . Apapun , tips saya yang paling ringkas , DO MORE AND MORE AND MORE EXERCISES . Biar habis buku beli lagi pun tidak mengapa . Apabila kita sudah terbiasa dengan bentuk soalan , tidaklah gabra mahu menjawab .

Okeylah , sila berhenti merepek . Kita beralih kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung saat ini . Ya , saat ini . Apa tunggu lagi ? Masih ada lagi kurang dua hari sebelum PBAKL berakhir . Nanti sudah habis , menangis tak berlagu nanti . Apa ? Di mana lokasi Kedai Pink AinMaisarah ? Haiyoo . Itu PWTC , anda tidak perlu bersusah-payah menaiki eskalator , tangga , lif , jet , roket dan sewaktu dengannya . Gerai berwarna serba pink itu hanya di Ruang Legar PWTC . Setakat ini , sudah ada empat Admin Fanpage iaitu Admin Aina , Admin Adza (Amin) , Admin Soul dan Admin Sakura sudah menjengah ke Kedai Pink AinMaisarah . Silalah tonton gambar-gambar kami bersama kak Ain . Anda pun boleh bergambar bersama kak Ain , kak Ain ada hampir sepanjang Pesta Buku !


aminandkakain-1 Photobucket Photobucket Photobucket

Siapa di sini yang sudah mendapatkan buku-buku terbaru kak Ain dalam pakej RM150 itu ? Saya ucapkan syabas dan tahniah serta tabik kepada semua yang membeli pakej RM150 . Saya sendiri pun hanya beli dua buah buku sahaja . #Bajet bulan April kurang xD . Novel comel itu pun saya dapatkan secara percuma , hadiah dari kak Ain . Hahaha .

Okey , Pesta Buku di Kuala Lumpur sudah hampir tamat , kini sudah tiba masanya untuk membuat Pesta Buku di rumah masing-masing ! #Apa aku merepek ini ? Begini , maksud saya , sekarang ini kan musim peperiksaan . Makumlah . Bulan Mei = Bulan Periksa ! Haa , saya sebagai pelajar cemerlang *ehem , perasan sekejap* ingin berkongsi petua menghadapi peperiksaan :

1. Jaga KESIHATAN , jaga PEMAKANAN . Sangat penting . Kalau anda sakit , bagaimana mahu menjawab peperiksaan ? Tolak ke tepi gagal atau lulus . Yang penting anda kena duduki peperiksaan itu dulu . 

2. Tips menghafal gaya saya : Ulang tulis atau ulang sebut fakta-fakta . Sangat berkesan untuk mempelajari Sejarah , Pendidikan Islam dan Sastera/Literature . Pada tahun lepas semasa saya tingkatan 3 , saya langsung tidak bersedia menghadapi subjek Sejarah yang tinggal sehari sahaja lagi . Apa yang saya buat , saya cerita balik Sejarah dari silibus tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 kepada ayah saya sampai dia tertidur . Keputusan Sejarah saya ialah 98% pada masa itu . O.O

3. Buat latihan . Ini adalah untuk membiasakan anda dengan bentuk soalan . Tidaklah anda terkejut apabila mahu menjawab nanti . Bentuk soalan memang bermacam-macam , jadi anda juga perlu berusaha bermacam-macam untuk bersedia !

4. Jaga hubungan dengan semua . Dengan Tuhan , dengan ibu bapa , dengan guru-guru dan rakan-rakan . Saling bermaafan dan minta restu . Solat hajat agar Allah permudahkan urusan kita . Ingat , tanpa semua ini , walau pandai macam manapun anda , anda tidak akan berjaya . Kerana Allah lah yang memberi kita kejayaan , kita hanya berusaha .

Semoga anda semua dapat melalui musim ini dengan jayanya . Saya di sini mendoakan kejayaan anda semua . Doakan saya juga ! :D

Saya juga mahu mengumumkan Admin of The Month bagi bulan April . Jeng jeng jeng .. #Bunyi dram xD

Tidak lain dan tidak bukan .. ialah ......................................

Tahniah buat Admin Alia ! Sentiasa mendapat tempat di hati 'likers' ^_^


p/s : Saya malas mahu tulis sebenarnya . Asyik dia sahaja menang . Saya bila lagi ? #Jealous sudah xD

Baiklah , tiba masanya untuk saya menamatkan tulisan saya pada kali ini . #Silalah menangis xD . Sebelum itu , saya mahu memberi serangkap pantun pada hari ini . 

Pergi ke pasar membeli ikan ,
Harga ikan sekarang amat mahal ,
Prinsip DUIT menjadi pegangan ,
Doa - usaha - ikhtiar - tawakal .


Wallahu a'am bissawab .
#Yang sedang stress tetapi relaks , |Admin Aina|



1 ulasan:

Diana The Great Babes berkata...

tahniah Admin tersebut! I think, maybe sebab dia punye post best kot! ish.. banyaknya Admin! tambah sorang lagi boleh? ahahha... just kidding okey? apa-apa pun, best Entry, Best blog! BLOG awk cantik sgt!