Sabtu, 23 Jun 2012

Baca, Jangan Tidak Baca! Baca, Jangan Tidak Baca!





Bismilllahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum sekali lagi dan salam satu ummah.. Seperti yang anda semua maklum, kita sekarang berada di dalam bulan Sya'ban, ini bermakna Ramadan juga semakin menghampiri.. Sudah anda melatih diri anda dengan berpuasa sunat? Jika belum mulakanlah sekarang supaya kita sentiasa bersedia untuk memasuki bulan Ramadan..

Baiklah.. Kembali kepada topik kita yang utama.. Apakah topik kita pada hari ini? Tidak lain  dan tidak bukan, sudah tentulah mengenai Ain Maisarah, Tak akanlah blog Fanpage AinMaisarah mahu bercerita tentang Najwa Latif kecuali jika nama blog ini ditukar kepada Fanpage NajwaLatif.. Haha xD

Okay.. Sudah tamat sesi mengarut.. Kembali kepada topik kita yang asal.. Kamu rasa banyak tak perkembangan Kak Ain pada minggu ini? Mahu tahu? Teruskanlah bacaan anda xD

Berita terbaru sekali.. Berita Harian akan berwajah baru, jadi Kak Ain perlu menambahbaik kolum bersiri setiap Sabtu. Pihak mereka juga meminta Kak Ain supaya menukar gambar, jadi Kak Ain perlu pergi ke studio untuk menangkap gambar baru.. Haha.. Saya tak sabar nak melihat gambat baru Kak Ain nanti :P




Sebelum anda teruskan bacaan anda, marilah kita sama - sama menghayati lagu ini...







 Baiklah, berita seterusnya, (rasa macam pemberita pula xD)

Saya ada dengar cerita yang Kak Ain akan datang sekolah saya. Eh, Silap! Kak Ain telahpun datang ke sekolah saya. Haha..  Klik di sini untuk melihat Kak Ain bercermah di sekolah saya xD



*Klik untuk besarkan gambar*


 *Klik untuk besarkan gambar*


Macam mana ya mahu menjemput Kak Ain ke sekolah?

Klik sahaja di sini dan anda akan tahu caranya.. Satu lagi tip.. Setelah anda memberitahu sama ada guru panitia ataupun guru pusat sumber, jangan berhenti berusaha, tunjukkan kepada guru anda yang anda betul - betul minat kepada Kak Ain.. 

Bagaimana caranya? Akan diberitahu di Fanpage AinMaisarah jika anda bertanya :P

Baiklah maka tamatlah bacaan kita pada kali ini.. Kita tamatkannya dengan tasbih kifarah dan suratul Asr..

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang tak tahu apa yang hendak ditulis,

Tiada ulasan: