Sabtu, 14 Julai 2012

Saya Tidak Tahu Mahu Letak Tajuk Apa xD Saya Tidak Tahu Mahu Letak Tajuk Apa xD




Ehem, sudah jawab salam? :P Kebanyakkan orang hanya tahu membaca perkataan "Assalamualaikum" dan hanya tahu menegur sekiranya sesuatu tidak dimulakan dengan salam tetapi bila salam sudah diberi, jawabnya tidak. :P Ingat ya, memberi salam adalah S-U-N-A-T! Menjawab salam pula adalah W-A-J-I-B. Faham adik-adik semua? XD (Banyaklah saya punya "adik-adik", majoriti yang baca post ini mesti lagi tua eh, berusia daripada saya. :P)

Seperti yang penonton eh, pembaca semua sedia maklum, Ramadhan semakin hampir, Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah (keampuan) dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka. Gembiranya hati ini apabila mengenangkan bulan Ramadhan yang semakin hampir.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Ketika datang bulan Ramadhan, sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atasmu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada satu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikanya bagi siapa yang tidak beramal baik didalamnya. Sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini."
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Bahaqi)

Bulan Ramadhan ini ialah anugerah daripada Allah swt sebagai lambang kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Allah swt tidak mensia-siakan keletihan hambarnya sehinggakan tidur kita pada waktu siang hari juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah kepada kita semua. Oleh itu, marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Moga-moga, tahun ini, amalam kita semakin bertambah.

Semoga dengan keberkataan bulan Ramadhan ini, kita dapat membersihkan semula hati kita dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang telah bertakhta di hati kita selama ini. Kerana itulah, gunakalah masa yang ada di bulan Ramadhan yang akan datang ini untuk mendidik semula nafsu kita yang telah sekian lama dikongkong oleh Syaitan. Bersihkanlah semula diri kita yang selama ini leka dan lalai dengan dunia. Diri kita yang terpedaya dengan hasutan dan godaan Syaitan. 

Saudara-saudaraku sekalian, kita tak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini. Kita tak tahu bila Allah akan menyuruh malaikatNya mencabut nyawa kita. Kita tak tahu, kita tak tahu yang mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita. Dan, kita tak tahu apakah kita sempat ataupun tidak untuk menyambut Ramadhan ini.

Ya Allah, berikanlah kami kesempatan untuk bersama-sama mengapai rahmat dan redha-Mu dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia yang akan datang ini untuk menuju ke Syurga-Mu. Amin.

Rasulullah saw juga pernah bersabda,
"Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati di kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."

Jadi, marilah kita semua cuba sedaya upaya untuk membaiki diri sekiranya kita diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadhan lagi. Sesungguhnya, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan yang lain.

Ingat, bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah yang dinamakan "Rayyaan"

Marilah beramai-ramai menghayati bulan Ramadhan yang bakal menjelma. :)

Baiklah, itu sahaja ceramah pendek (Okey, agak panjang. :P) daripada saya, Semoga kita dapat memanfaatkan ilmu di dalamnya, Insya-Allah. Sekarang saya mahu mencerita mengenai perkembangan Kak Ain pula. Yalah, manalah tahu kalau-kalau ada yang terlepas. Macam saya, banyak aktiviti Kak Ain yang saya terlepas kerana sibuk membuat persediaan untuk UPSR. Belajar, belajar, belajar dan belajar. Tepu otak saya. Haha.

Okey,...Arrghhhh! Tertekan tempat lain pula. Aduh tab ini. Pantang sentuhan tersasar sedikit. Ini yang geram ini bila komputer hang. Terpaksa guna tab untuk cari maklumat. Haa, berjaya pun buka page Kak Ain! XD

Berita terkini:

Wah, baru saya perasan. Sudah 188 sekolah yang Kak Ain jelajah? Hebat bukan? Sekolah yang dijelakjahi oleh beliau yang ke 188 ialah jeng, jeng, jeng SMK Lembah Keramat! Dan, untuk yang tidak tahu, Kak Ain ada menjelajahi sebuah sekolah Pendidikan Khas (Cacat Pendegaran) di Selangor. Dan, Kak Ain terjumpa dengan kembarnya semasa sedang menjalani program menjelajah sekolah di SK Kinrara 1. Banyaklah saya punya kembar. Jangan percaya. Saya tipu sahaja. x) Okeylah bukan kembar, tetapi dirinya versi mini. Ala-ala Ain Maisarah mini. Hehehehe. Nama Ain Maisarah mini juga adalah Ain Maisarah. Muka pun ada iras-iras. Dan untuk pengetahuan anda semua, budak itu coooooomel sangat. x) Okey, saya melalut. Tapi betulah. Kalau tak percaya, sila ke page Kak Ain sendiri dan carilah sendiri gambar itu. Saya kurang rajin mahu sertakan link atau gambar untuk entri kali ini memandangkan komputer saya lembab. Lagipun apa salahnya awak semua bersusah-susah sedikit untuk melihat gambar itu? :P

Oh ya, sebelum saya terlupa, okey sudah terlupa pun tetapi teringat kembali. x) Kak Ain telah beradi di tapak pesta Berita Harian pada hari Ahad 8 Julai 2012 yang lepas. Dan, apa yang menarik minat saya semasa melihat gambar-gambar yang ada di dalam album Kak Ain iaitu AinMaisarah di Fiesta Berita Harian adalah, Khairina Syazwani juga turut pergi ke gerai kak Ain. Siapa Khairina Syazwani? Hehehehe. Cuba buka album Kak Ain yang itu. Khairina Syazwani ialah yang memakai kemeja putih corak polkadot merah. Tuan empunya diri mempunyai muka yang manis. Oh, ya. Saya belum jawab lagi soalan yang saya kemukakan sendiri. x) Siapakah Khairina Syazwani? Dia ialah peminat Kak Ain yang nombor satu. Hampir setiap (Mungkin setiap) kali Kak Ain adakan pameran dia datang. Dia juga membeli novel-novel kak Ain menggunakan wang sakunya sendiri. Malahan, kalau tak silap saya dia ada buat buku skrap khas untuk Kak Ain. Sehinggakan Kak Ain sendiri mengenalinya. Wah. Hebat bukan? Cemburu pula saya. :P Haha, tak adalah. Gurau sahaja. Tak baik cemburu. :P

Okey, Ramadhan sudah dekat, Syawal juga semakin dekat bukan? Baiklah di bawah ini adalah 'ceramah' yang di copy paste semula daripada post saya. "Eh, kata malas mahu copy link? Copy paste rajin pula." Suka hati sayalah. :P Muahahahaha.

"Yay, tak lama lagi Puasa! Seronoknya! Emm. Mesti ramai yang masih belum beli baju Raya bukan? Baiklah, saya dengan baik hatinya mahu beri ceramah tentang kesalahan dalam menutup aurat semasa memakai baju Raya. :P SEBELUM beli, pastikan baju raya yang anda akan pakai itu menutup aurat dengan sempurna, ya? SEBELUM BELI. Alah, nanti sudah beli macam-macam alasannya. Dah beli mahal-mahal tak kan nak buang, pakai setahun sekali saja pun, itulah, inilah, apalah, blablablalah. Kalau senaraikan alasan yang selalu didengar sampai esok tak habis. XD Okay, straight to the point.

Baju kebaya: Say NO to baju kebaya!!! Baju itu sudah sah potonganya mengikut bentuk badan. Kainnya pula jenis berbelah, nampak paha semasa melangkah. (Eh, macam pantun pula. :P) Sudahlah ikut bentuk badan, gayakan dengan tudung yang singkat pula itu. Ish, ish, ish! Tak patut! Ini sudah sah lagi nyata dan terang bersuluh baju ini langsung TIDAK menepati syarat-syarat menutup aurat! Jadi, JANGAN beli baju ini!

Baju kurung two layer: Eh, saya tak kata baju jenis ini tak boleh pakai. Saya mahu terangkan kesalahannya sahaja... :P Untuk kaum hawa yang kuat melaram, setiap tahun suka tempah baju jenis two layer, dua lapis, two pieces or whatever you call it, pastikan selepas jadi dua lapis, ianya bukan lagi lut cahaya. Maksudnya cahaya boleh tembus. Jadi nampak kaki. Kalau baju tak nampak sangat. Kain itu memang sah nampak kaki anda. Selalu sangat saya tengok. "Alah, nak buat macam mana. Baju two layer itu saya tempah. Lepas sudah jahit baru perasan. Tak kan mahu buang macam itu sahaja. Rugilah sebab dah beli mahal-mahal." Alahai. Biarlah duit itu terbang asalkan kita tak menanggung seksaannya nanti wahai sahabat-sahabat saya. :) Jadi, sebelum beli, cuba padankan inner lining dengan outer lining itu kemudian letakkan di bawah lampu. Kemudian, letak tangan awak atau pinjam tangan sesiapa (Asal jangan kerat tangan orang itu sudah. XD) dan letak di bawah kedua-dua kain itu. Nampak tak tangan awak? Kalau nampak, baju itu jarang. jadi, cari inner lining yang TEBAL! Atau susah sangat cari baju kurung plain yang padan dengan warna outer lining itu. Jadi outer lining itu awak ambil yang jarang ke tebal ke lantak awaklah. :P Faham? Okey, istilah saya betul atau tak, saya tak tahu. XD. Asal faham sudah. :P Err, susah-susah tak payah beli. Lagi selamat. :P

Baju kurung jenis tube dress: Ini.... Sah-sah. Tak menutup aurat. Kalau awak tak tahu rupa baju ini macam mana, emm. Lebih kurang amcam inilah. Baju itu mengikut potongan baju kurung. Cuma lengannya menggunakan kain yang sangat, sangat, sangat jarang. Jadi rupa baju kurung ini macam half tube dress half baju kurung. Lengan itu aurat. Jadi, jangan pakai yang macam ini.

Okey, rasanaya itu sahaja fasal baju. Okey, beralih kepada tudung pula.

Tudung sarung: Pastikan labuh dan melepasi dada. Sekarang majoriti memakai tudung sarung yang tidak melepasi dada. -,- Bukannya tak ada, ada sebenarnya. Cuma perlu cari. Hal ini kerana, kebanyakan kedai menjual tudung sarung yang singkat. Jadi, pandai-pandailah awak cari yang labuh. :P Kalau awak jenis yang berkemampuan, boleh ke butik Ariani. Butik Ariani sudah mempunyai banyak pilihan tudung yang melepasi dada berbanding dahulu. :)

Selendang lilit-lilit yang jenis kainnya jarang: Sila cari selendang yang kainnya panjang dan lebar. Ini....kain yang pendek. Bila dililit, tak labuh langsung. Sudahlah itu, jarang pula. Kalau tak pandai lilit selendang yang jenis jarang, gunalah yang kainnya jenis pashmina.Lebih selamat dan tak berisiko menampakkan leher. :) Ataupun pakai tudung sarung yang labuh lepas itu pakai selendang itu. Habis cerita.

Tudung bawal: Suka hati awaklah mahu pinkan gaya bagaimana pun, asalkan ianya labuh dan kainnya tidak jarang itu sudah memadai.

Hana Tajima/Pashmina: Pastikan ianya L-A-B-U-H! Kebanyakkan stail tudung zaman sekarang di youtube atau di dunia realiti fashionable tapi singkat. Alahai.

Okey itu sahaja fasal tudung. Apa lagi ya. Makeup? Ada yang pakai makeup kah di sini? XD. Tapi tak mustahil raya nanti awak gatal mahu mencuba. :P Makeup cukupla sekadar bedak untuk menghilangkan pucat muka dan pelembab bibir supaya bibir tak nampak kering. Eyeshadow, blusher, bronzer, mascara, eyeliner, foundation, concealer, primer, lipstick, lip gloss segala rasanya tak perlulah. Awak semua masih muda. Jangan cemarkan dan rosakkan kulit anda dengan segala macam kimia. Kalau mahu sangat kulit nampak lebih berseri pakai sahaja cleanser habis cerita. Mahu berseri lagi, pergi berwhuduk. :)

Okey, sekian sahaja ceramah daripada saya. Assalamualaikum. :) |Admin Alia|"

*Kepada yang komen post itu tetapi saya masih belum balas, nanti saya balas. :P

Oh, ya! Alang-alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang saya update entri blog apa salahnya saya mempromosi page saya iaitu |Admin Alia| . Sila like. Jangan segan-sengan, boleh like-like, lalalala ~

Lagi satu, anda sudah boleh mengundi Admin Of  The Month untuk bulan June! Yay, undian sudah dibuka. :D Bolehlah anda undi admin yang sepatutnya diundi iaitu saya. :P Sila meluat. Muahahahaha. xD.

Sebelum kita berpisah di sini,
Saya ada beberapa tugasan untuk anda.

1. Klik Sini
2. Selepas klik link di atas, scroll down sampai anda jumpa undian untuk |Admin Alia|
3. Setelah jumpa, undilah saya dengan menekan di kotak di sebelah nama saya itu. :P

Okey, itu sahaja untuk hari ini. Dan, sepuluh jari disusun memohon maaf andai ada tersilap kata atau ada tulisan saya yang membuatkan anda rasa marah atau sakit hati atau jengkel terutamanya bahagian yang saya suruh undi saya itu. :P

Sekian,
Assalamualaikum. :)

Yang tulis pada tengah-tengah malam kerana tidak boleh online lama-lama esok sebab perlu memerah otak untuk belajar sebagai persiapan untuk trial minggu hadapan dan UPSR yang akan datang (Doakan saya berjaya!),

|Admin Alia|

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kak Ain, datanglah ke SK Dato' Onn Jaafar, Simpang Renggam, Kluang, Johor! Boleh jumpa saya. Oh ya, anak saudara Kak Ain ada yang namanya Asmaa' Nur Farhanikah?

Tanpa Nama berkata...

Kak Ain bolehlah datang sekolah sk taman midah 1 please heh