Sabtu, 1 September 2012

Setelah Lama Tidak Menulis Setelah Lama Tidak Menulis


 

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh wa maghfirah dan Salam 1 ummah. Tidak lupa juga untuk mengucapkan Selamat meyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-55. Walaupun kemerdekaan sebenar umat Islam ialah selepas kita berjaya di akhirat, tak salah bagi kita sekiranya kita mahu menyambut kemerdekaan bagi negara kita. Selagi sambutan itu tidak melanggar hukum syarak, maka sambutlah. Sambutan kemerdekaan juga bertujuan demi memperingati jasa tokoh - tokoh yang telah berjuang demi mendapatkan kemerdekaan negara,bangsa dan agama. Jadi jangalah ragu - ragu untuk menyambutnya.

Sebelum kita kembali kepada topik kita yang asal, saya mahu memberitahu bahawa Amin Azhar telah mencapai umur 16 tahun pada 27 Ogos yang lepas. Berikan tepukan kepada beliau. Plak! Plak! Plak!






Baiklah kembali kepada topik kita mengenai perkembangan Kak Ain. Anda semua juga pasti sudah maklum bahawa Kak Ain baru sahaja pulang ke rumah setelah melawat 3 tempat paling suci di dunia iaitu, Masjid al - Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.. Oleh yang demikian, Kak Ain telah menyelesaikan tanggungjawab yang tertulis di dalam hadis ini :



“Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” 
( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad).


Bilakah agaknya saya akan sampai ke sana? :(


   Seterusnya, Kak Ain juga telah memenuhi temuramah majalah (belum diketahui majalahnya) dan menghadiri mesyuarat bersama ASTRO. Tetapi, Apakah yang kejutan yang akan diberikan oleh Kak Ain nanti? Adakah Kak Ain akan keluar di mana - mana rancangan? Adakah Kak Ain akan keluar di muka hadapan majalah? ataupun Adakah Kak Ain bincang mengenai Impiana? Siapakah yang tahu? Kita nantikan sahaja berita lanjut daripada Kak Ain

Kita berehat sebentar dengan video Aman Wan


    Berita terakhir sekali, Kak Ain baru sahaja selesai menulis selama 45 minggu tentang kisah Mr. Right Selebriti. Selepas ini, Kak Ain akan menyambung komitmen bersama Berita Harian selama 40 minggu mengenai kisah Mr. Right Berkopiah. Persoalahnnya, adakah kesemua ini akan dikumpulkan semula untuk dijadikan novel? Sebab saya sendiri tertinggal kesemua 45 siri Mr. Right  Selebriti. Maklumlah, di tempat saya Berita Harian edisi Sabtu memang cepat habis :'(


   Kesimpulannya, jangan sesekali bangun lewat pada hari Sabtu agar anda tidak terlepas daripada memberi novel bersiri Kak Ain xD

  Akhir sekali, saya memohon pertolongan anda semua untuk mempromosikan page kami kerana saya tidak mahu PAT dijalankan ketika peperiksaan SPM :P Sebelum ini ada seorang makhluk Allah ini ingin menjadi Admin dengan cara kotor iaitu mempelawa Admin Farid untuk menjadikan dia sebagai admin. Kononnya dia boleh menambahkan bilangan orang yang 'like' dengan lebih cepat. Sebenarnya itu hanya ayat - ayat manis yang digunakan untuk mengambil alih keseluruhan page. Kemudian mengaku dirinya berjaya menggodam page tersebut. Inilah yang dipanggil sebagai 'Social Engineering'. Jadi kepada mereka yang mempunyai page janganlah percaya kata - kata mereka yang mengatakan boleh tambah 'like' dengan cepat kerana memang tidak boleh pun. 

    Baiklah, terima kasih kepada yang sudi membaca, segala yang baik datang daripada Allah.Segala yang buruk juga datang daripada Allah sebagai ujian buat diri saya. Saya sedia menerima segala komen baik ataupun buruk.. Segala komen yang baik hanya kepada Allah, komen yang buruk kepada diri saya sendiri yang mempunyai kelemahan

Wabillahi taufik wal hidayah, was salamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ditulis oleh,
|Admin Ahmad|

3 ulasan:

Allie Foster berkata...

Bila Mr.Right Berkopiah akan disiarkan di Berita Harian? Saya mahu tahu!

Humaira berkata...

Huwaaa..... tak sabar nak tunggu UPSR habis. Nanti boleh baca novel Kak Ain MAISARAH SEPUAS-PUASNYA!

Unknown berkata...

boleh x nk order novel mr. right berkopiah .. ?? tas...tsk.. nk sgt