Jumaat, 1 Februari 2013

Temui Ain Maisarah di Pesta Buku 1Malaysia! Temui Ain Maisarah di Pesta Buku 1Malaysia!

Assalamualaikum.
Tajuk asal entri blog kali ini ialah 'Mari Serbu Ain Maisarah di Pesta Buku!'. 
Kemudian saya tukar pergi 'Jom Bersenggol-senggolan bersama Ain Maisarah!' Hah kalau yang ini terlebih gedik pula, takut nanti akan menjadi ikut-ikutan muda-mudi, bergoyang pinggul tidak ingat dunia. Sungguh tidak syariah-compliant! Oh!
Poster rasmi, dicuri dengan tidak ada rasa bersalahnya via Facebook rasmi AinMaisarah Novelis.
Nota : Jumlah 'likes' AinMaisarah Novelis kini ialah 137 Ribu. Mengapa tidak dinyatakan angkanya secara detail? Mark Zuckerburg memang mahu cari fasal!
Para peminat Ain Maisarah yang disayangi, apa kata luangkan masa hujung minggu anda dengan mengunjungi Kedai BLINK-BLINK di PWTC! Mesti ada buku-buku Ain Maisarah yang anda belum miliki, bukan? Macam saya, saya sekarang sedang kemaruk mahu mencari Mr. Right Selebriti. Walaupun saya sudah tahu klimaks ceritanya ketika saya membaca keratan akhbar Berita Harian edisi Semenanjung Malaysia di atas kapal terbang pada bulan Syawal tahun lepas menuju balik ke Sabah (perlukah saya beritahu ini?), tetapi pengalaman membaca novel fizikal pastinya berbeda berbanding kertas surat khabar! Boleh baca sambil baring dan terguling-guling.

Tetapi saya terdampar di Pulau Borneo atau sesiapa boleh belikan saya tiket Air Asia secara percuma?


Kunjungi Pesta Buku 1Malaysia 2013, untuk menbeli buku terbitan tempatan dan antarabangsa dengan “harga kilang” — diskaun sehingga 80%.
Baucar buku 1Malaysia, kad debit dan kad kredit diterima.
Masuk percuma!



Lokasi : Ruang legar PWTC. 
Nama kedai : Kedai BLINK BLINK.
Masa : 9 pagi hingga 10 malam.

Seperti biasa, Kedai BLINK BLINK adalah tidak susah untuk dicari. Cari sahaja kedai yang bergemerlapan dengan lampu-lampu warna-warni, anda pasti akan teruja dengan pengalaman memasuki kedai berkelip-kelip. Jangan lupa bawa sekali buku-buku Ain Maisarah yang tidak bertanda tangankan Ain Maisarah. Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini bukan? Bahkan dapat juga beramah mesra (benarkah? Harap tidak sesak nanti di sana) dan bergambar bersama Ain Maisarah. Mana tahu gambar anda itu akan dimuat naik ke halaman rasmi AinMaisarah Novelis? Pasti kembang-kempis hidung anda tatkala melihat sendiri wajah anda bersama penulis kesayangan terpampang di kaca laptop.

Ain Maisarah hanya akan berada di Kedai BLINK-BLINK pada ketetapan berikut :

1 Feb, Jumaat (12 tengah hari hingga 3 petang).
2 Feb, Sabtu (12 tengah hari hingga 3 petang).
3 Feb, Ahad (12 tengah hari hingga 3 petang).
Walaubagaimana pun, penulis bersama Ain Maisarah iaitu Izanor Sharif yang popular dengan novel Aku Mahu SuperBibik dan siri Dongeng Sri Bangsar seperti Cinderellah VS Rapunzellah tidak dapat hadir ke sana kerana sibuk dengan komitmen penulisan manuskrip
"Oh, baik... akak tak berkesempatan ke sana. Lagi sibuk ribut !"
Katanya, sambil bertanya kepada saya keadaan Geografi di Sabah. Mungkin kak Izanor mempunyai rancangan untuk berlibur di Negeri Di Bawah Bayu. Saya doakan agar Kak Izanor tidak tension-tension mengejar tarikh akhir manuskrip. Nanti lepas siap bolehlah jalan-jalan di Taman Kinabalu atau menikmati kepanasan kolam air panas Poring Hotspring di ruang tertutup.

Begitu juga dengan Johny Depp Azanil Fitri yang semakin meletup-letup namanya dengan karya aksi siri Hero Sri Bangsar dan siri terbaru Lawak Sekolah. Abang Azanil kesayangan anda juga tidak dapat turut serta ke Pesta Buku 1 Malaysia di sana nanti.

"Waalaikumussalam. Untuk program rasmi bersama penulis Blink abang fitri rasa tiada.  Abang Fitri sendiri tak pasti akan pergi atau tidak ke pesta buku tersebut. Jika pergi pun mungkin sebagai pengunjung sahaja." 

Tambahnya lagi, penulis-penulis Blink kini lebih menumpukan perhatian kepada persiapan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan april nanti. Insya-Allah kedai pink Ain Maisarah akan lebih besar dan lebih meriah dari tahun-tahun yang lepas.

Saya tidak dapat berhubung dengan seorang lagi penerus legasi Blink Book Sdn. Bhd, iaitu Aman Wan, seorang artis komik dan juga vlogger popular Malaysia, sebab jumlah rakan Facebook Abang Aman sudah penuh, maka secara otomatis saya hanya dapat 'langgan' sebagai pelanggan. Sungguh malu bagi saya berhubung dengan orang-orang ternama. Doakan semoga satu hari nanti Abang Aman 'approve' permintaan menjadi rakan saya. Amin.

Baiklah. Jangan lupa semua, meriahkan lagi Pesta Buku 1 Malaysia hujung minggu ini. Hati-hati di jalan raya, dan ingatlah orang yang tersayang.

Senyum selalu! ^________^

Admin Farid

3 ulasan:

Nur Madihah berkata...

yang ini buka yang selalu dibuat pada bulan 4 itu kan???

Nur Syazwani berkata...

alah...sekali lagi..tak dapat pergi..takpe..bulan april ni nak pergi jugakkk

Tanpa Nama berkata...

Bulan berapa lagi ada?