Selasa, 5 Mac 2013

Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi!



Hai! Hai! Hai!
Wah. Ulang tahun kelahiran Ain Maisarah pada tahun 2013 tiba juga. Selamat Hari Jadi Kak Ain kesayangan semua! ^__^

Entri kali ini special sedikit. Kenapa? Admin mahu cerita tentang profil Kak Ain. Rasanya tak berapa special sangat sebab kebanyakan kamu mesti sudah tahu. Admin saja yang syok sendiri. *troll face*
Tetapi mungkin ada juga yang belum tahu. Tak apa, admin cerita ya!

Tersebutlah kisahhh.....
 
"Eh, silap. Terbaca sajak Sejarah Hang Tuah pula!"


Ain Maisarah adalah seorang penulis yang berjaya di Malaysia. Beliau menetap di Kuala Lumpur. Buku pertama beliau yang mencetuskan kerjayanya sebagai penulis berjudul Aku Mahu Popular. Buat masa ini (5/3/2013), buku yang sudah diterbitkan beliau ialah sebanyak 29 buah buku. Kebanyakan buku beliau telah menjadi 'bestseller' di dalam carta jualan buku PTS. Itu sememangnya sesuatu yang harus dibanggakan oleh peminat-peminat Ain Maisarah semua!

Beliau sudah bekerjasama dengan penulis-penulis lain seperti Izanor Sharif, Ida Munira, Azanil Fitri, Mama Bella dan Hanna Johan untuk menulis novel-novel terbaru seperti Aku Mahu Superbibik, Aku Mahu Lawan Hantu, Aku Mahu Saiz XL dan sebagainya. Beliau juga sudah bekerjasama dengan pelukis Aman Wan untuk menghasilkan NoMik (gabungan antara Novel dan Komik) yang berjudul Lawak Sekolah. Melalui kolaborasi ini, beliau dapat mengetahui pengalaman baru serta dapat menjimatkan masa menulis.

Selain itu, beliau juga mempunyai siri buku yang tersendiri seperti Siri Aku Mahu, Siri Hero Sri Bangsar, Siri Dongeng Sri Bangsar, Siri Buletin Sri Bangsar dan Siri Impiana. Setiap daripada siri tersebut mempunyai jalan cerita tersendiri tetapi tetap mempunyai persamaan dari segi latar tempat asal iaitu Sekolah Sri Bangsar.
Setelah beberapa tahun dalam bidang penulisan, beliau diberi kepercayaan untuk mengendalikan syarikat penerbitan buku beliau yang tersendiri iaitu Blink Book Sdn. Bhd. Kini, buku-buku lama terbitan PTS One dan PTS Syok sedang ditukar muka depan bukunya supaya sinonim dengan buku-buku lain untuk dijadikan di bawah penerbitan Blink Book Sdn. Bhd.

Ain Maisarah kecapi kejayaan hasil gabungan bakat, bijak pikat peminat .

BILANGAN peminat setianya di laman Facebook sudah mencecah 146,982 orang manakala pengikut blognya pula kira-kira 25,000 orang. Bukan calang-calang orang mampu mengumpulkan pengaruh seramai itu jika mereka bukan bergelar ahli politik, artis hiburan atau blogger popular. Namun, inilah pencapaian novelis wanita popular, Ain Maisarah Daliman.
Sejak tahun pertama menyertai arena penulisan kira-kira tiga tahun lalu, kehadiran Ain Maisarah sudah memberi impak. Mungkin disebabkan konsep karya penulisannya berbeza dengan karya sedia ada. Gaya penulisan bersahaja dengan tema cerita yang dekat dengan jiwa remaja masa kini membuatkan novel pertamanya berjudul ‘Aku Mahu Popular’ mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak sembilan kali.

Naskhah berkisar kehidupan remaja di Sekolah Sri Bangsar yang mahu popular seperti kumpulan pelajar perempuan paling masyhur di sekolah itu menarik perhatian pembaca muda yang terus setia mengikuti perkembangan cerita yang diterbitkan dalam siri Aku Mahu, antaranya Aku Mahu Saiz S, Aku Mahu Teman Tapi Mesra, Aku Mahu Buli, Aku Mahu Ke New York dan sebagainya.

Hebatnya penangan Ain Maisarah sehinggakan 18 novel tulisannya (baik secara solo dan kolaborasi) sudah dipasarkan dengan hasil jualan difahamkan setakat ini sudah mencecah kira-kira RM5 juta!

Ketika menyelami isi hati penulis muda ini, Ain Maisarah mengakui kerjaya penulis sepenuh bukanlah cita-cita asal, sebaliknya pendidik yang menjadi pilihan. Malah, graduan Ijazah Sarjana Muda TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) Universiti Darul Iman itu berkata, semuanya bermula apabila berpeluang menulis cerpen bagi isi kandungan langganan telefon bimbit sebuah syarikat telekomunikasi tempatan sewaktu di tahun akhir pengajian.

Bayaran agak lumayan bagi cerpen 14 muka surat dan muat turun yang boleh dikatakan tinggi daripada pengguna talian komunikasi berkenaan, sedikit sebanyak membuka minatnya bergiat lebih serius sebagai novelis.
Walaupun menerima pengiktirafan pelajar terbaik TESL, Ain Maisarah tidak meneruskan cita-cita asal enjadi pendidik sebaliknya mengambil keputusan bergelar novelis sepenuh masa. Pilihannya atas dorongan suami yang juga pengurus kerjayanya, Syaizul Amal,  yang melihat potensi Ain Maisarah untuk diketengahkan sebagai novelis berpengaruh.

Kejayaan dalam tempoh singkat dikecapi Ain Maisarah bukan sekadar bersandarkan kisah novel tulisannya itu tetapi strategi perniagaan dan prinsip diamalkan bersama suami yang sebegitu serius dalam kerjaya sebagai novelis.

Mereka menganggap bidang penulisan ini sebagai suatu perniagaan dan produk utamanya adalah novel yang seharusnya dipasarkan secara serius dan berterusan. Malah nama Ain Maisarah itu turut dijadikan suatu jenama dan mereka giat membuat inovasi, memperkembangkan variasi produk, meluaskan pasaran dan memanfaatkan pelbagai platform bagi tujuan promosi.

Buktinya, daripada hanya novel remaja, Ain Maisarah berjaya mewujudkan komuniti remaja secara online yang aktif. Sekolah ciptaannya seperti dalam siri Aku Mahu iaitu Sekolah Sri Bangsar (SSB) ditubuhkan secara online sudah pun menerima pendaftaran kira-kira lebih 20,000 ‘pelajar’ yang menjadikan laman web ini sebagai ruang berinteraksi, sama ada berbincang mengenai cerita novel Ain Maisarah ataupun berbual dan bertukar pandangan mengenai isu berkaitan kehidupan masing-masing sebagai remaja. Peminat juga boleh mendapatkan cenderahati seperti pin lencana, buku tulis, rantai kunci dan buletin SSB.

Kemesraan hubungan Ain Maisarah dan peminatnya ibarat satu jambatan yang merancakkan lagi popularitinya. Selain berinteraksi secara aktif menerusi laman Facebook Ain Maisarah Novelis dan blog ainmaisarah.blogspot.com, beliau juga rajin menemui peminatnya di pesta atau pameran buku serta di sekolah.

Senarai novel yang sudah terbit dan masih dalam perancangan.

Siri Aku Mahu

1) Aku Mahu Popular (Edisi Kemaskini) (RM16.00)
2) Aku Mahu Saiz S (Edisi Kemaskini) (RM16.00)
3) Aku Mahu Teman Tapi Mesra (Edisi Kemaskini) (RM16.00)
4) Aku Mahu Buli (Edisi Kemaskini) (RM16.00)
5) Aku Mahu Ke New York 1 (Edisi Kemaskini) (RM16.00)
6) Aku Mahu Ke New York 2 (Edisi Kemaskini) (RM17.00)
7) Aku Mahu Superbibik (Edisi Kemaskini) (RM17.00) [bersama Izanor Sharif]
8) Aku Mahu Lawan Hantu (RM16.00) [bersama Hanna Johan]
9) Aku Mahu Saiz XL (RM16.00) [bersama Mama Bella]
10) Aku Mahu Cincin Di Jari [bersama Naim Jalil]
11) Aku Mahu Jadi Novelistar [bersama Jumie Haliza - keluar 26 April 2013]
12) Aku Mahu Lesen P [akan datang]
13) Aku Mahu Bunga Di Hati [bersama Naim Jalil]
14) Aku Mahu Cari Keberanian [bersama Eima Manan - keluar 26 April 2013]
15) Aku Mahu Bergaya [akan datang]

Siri Buletin Sri Bangsar

1) BSB : Kini Berwajah Baru (RM16.00)
2) BSB : Perang Rumah Sukan (RM15.00)
3) BSB : Juara Rumah Sukan (RM15.00)
4) BSB : Nasyid VS Koir [dalam perancangan - tiada tarikh terbit]

Siri Projek AinMaisarah

1) Projek Diet AinMaisarah (RM18.50) [bersama Rose Harissa]
2) Projek Fesyen AinMaisarah (RM19.00) [bersama Lily Haslina]
3) Projek Dekor-dekor AinMaisarah [akan terbit 26 April 2013]4) Projek Cup Cake AinMaisarah [akan terbit 26 April 2013]

Siri IMPIANA

1) Impiana (RM21.00)
2) Impiana II (RM21.00)
3) Impiana III : Misteri Terbongkar (RM19.00)
4) Impiana IV : Finale (RM16.00)
5) Impiana : The Origin [Akan datang]

Siri Mr Right

1) Mr Right Berkopiah [akan datang - masih dalam bentuk bersiri dalam Berita HArian]
2) Mr Right Korporat [akan datang]
3) Mr Right Diraja [akan datang]
4) Mr Right Selebriti (RM19.00 - sudah berada di pasaran)

Siri Dongeng Sri Bangsar

1) Cinderellah VS Rapunzelah (RM17.00)
2) Duyung Diva dan Si Tanggang (RM16.00)
3) Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib [RM17.00]
4) Senah White dan 7 Wannababes Kerdil [RM17.00]
5) Pink Riding Hood dan Serigala Tembam [akan terbit 26 April 2013]

Siri Super Hero Sri Bangsar

1) Diari Super 3G (RM16.00) [Bersama Azanil Fitri]
2) Hero Rebut Popular (RM16.00) [Bersama Azanil Fitri]
3) Hero VS Bonda Pet (RM16.00) [Bersama Azanil Fitri]
4) Diari Gadis Bintang (RM16.00) [Bersama Azanil Fitri]
5) Hero Takut Zombie (16.00) [Bersama Azanil Fitri]
6) Hero VS Pengemis Gedik [akan terbit 26 April 2013]7) Hero VS KL Gangstar (akan terbit 26 April 2013)

Siri Novel Selebriti

1) Tak Bisa Memilihmu (RM18.90) [Kumpulan Sixth Sense] - sudah ada dalam pasaran
2) Tanpa [Kumpulan Sixth Sense] - [dalam perancangan - tiada tarikh terbit]
3) Hijrah [Amer Munawer] - [dalam perancangan - tiada tarikh terbit]

Siri Novel Comel

1) Buaya Darat New York (RM3.00).
2) Ada Apa Dengan Fahrin & Farah (RM3.00).
3) Rahsia Linda (RM3.00).
4) Rahsia Hati Mr. Lobak Lobak (RM3.00).
5) Rahsia Jambul Cikgu Amnah (RM3.00).
6) The Toiletbabes (RM3.00).
7) Penubuhan The Wannababes (RM3.00).
8) Konflik Keluarga Fasha (RM3.00).
9) Kisah Silam Wilma (RM3.00).
10) April Fool Sri Bangsar (RM3.00).
11) Ops Pikat Di Aidilfitri (RM3.00).
12) Cinderella di Aidilfitri (RM3.00).
13) Misteri Gadis Berbaju Putih (RM3.00).
14) Penubuhan Geng Sup Ekor (RM3.00).
15) Dendam Encik Ais dan Puan krim (RM3.00).
16) Liyana Jasmot Makan Hati Berulam Jantung (RM3.00).
17) Milo Si Kucing Berkepak (RM3.00).

Siri Ebook

1) Perkahwinan Fasha
2) Sazzy dan Mr Right Berkopiah

Siri Buletin

1) Buletin Sri Bangsar Edisi 1 (RM3.00)
2) Buletin Sri Bangsar Edisi 2 (RM3.00)

Siri Jutawan

1) Jutawan Gedik (RM19.00) [RM1 akan didermakan]
2) Jutawan Emas [akan datang]Siri NOMIK : Lawak Sekolah1) Lawak Sekolah : Belajar Berkenalan (RM14.00)2) Lawak Sekolah : Belajar Berpersatuan (RM14.00)

Siri lain [10 buku setiap siri]

Siri Hantu Sri Bangsar [akan datang]
Siri Tadika Sri Bangsar [akan datang]
Siri Jutawan Sri Bangsar [akan datang]
Siri Mata Linda [akan datang]
Siri Fotonovela [akan datang]
Siri Superhero Malaya [akan datang]
Siri Sekolah Antarabangsa Zara Damansara [akan datang]
Itu saja setakat ini. Admin berhenti di sini saja. Sudah lambat mahu ke sekolah! Sanah Helwah, Happy Birthday dan Selamat Hari Jadi Kak Ain! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. ^__^


Ikhlas daripada kami semua,
|Admin Fanpage Ain Maisarah|

2 ulasan:

Afifah Hayati berkata...

Kak Ain memang NOVELISTAR !

Afifah Hayati berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.