Ahad, 21 April 2013

Pesta Buku PWTC 26 April - 5 Mei 2013 Pesta Buku PWTC 26 April - 5 Mei 2013

Siapa pergi ke Pesta Buku PWTC pada 26 April - 5 Mei 2013 nanti? Angkat tangan!!!

Admin pun pergi. Tapi pada 5 Mei. Hari terakhir Pesta Buku. Wuwu.. Harap sangat Pakej 200 masih ada. Kalau tidak, admin mahu menangis guling-guling dan buat muka seperti ini :

Aduh, mesti buruk muka admin kalau macam itu. -.-

Buat sesiapa yang masih belum tahu di mana Kedai Pink AIN MAISARAH, ini peta dia. Kalau tersesat di PWTC nanti, jangan malu jangan segan untuk tanya orang ya! ^^

*klik untuk besarkan imej peta*

Kedai Blink juga ada menawarkan Pakej 200 ketika Pesta Buku nanti. Apa yang terdapat di dalam Pakej 200? Baca di imej bawah ini :

*klik untuk besarkan imej*

Untuk Pesta Buku kali ini, ada group di facebook juga. Bolehlah kamu join group tersebut. Ada pelbagai pertandingan yang dibuat oleh para novelis pada setiap malam. Setiap orang hanya boleh menang dua pertandingan. Oh! Ada hadiah menanti kamu di Pesta Buku nanti. Tuntut di sana nanti, ya! ;)

Group Pesta Buku : https://www.facebook.com/groups/PestaBukuPWTC/

Semoga kita dapat berjumpa di sana! ^_^
Babai!
Yang mahu menghadapi PBS pada hari esok,
|Admin Syirah|

Tiada ulasan: