Sabtu, 11 Januari 2014

1435 ; 2014 . 1435 ; 2014 .

Assalammualaikum wahai sahabat-sahabat tercinta sekalian :D !

Lama sudah kami meninggalkan,
page ini pun sudah bersawang,
kembali dengan pelbagai pertandingan,
dijemput masuk selamat datang .

* Gaya kononnya pandai berpantun. Aiwah!

Sudah lama sangat sangat rasanya kami meninggalkan page tersayang, blog tercinta ini .

Alahai. Maaflah. Al-maklumlah, kami semua sibuk dengan pembelajaran masing-masing.

Doakan kami agar dipermudahkan segala urusan dan tidak lagi mengabaikan blog ini (: !

Tanapa sedar, kita semua sudah memasuki alam yang baru.
Dengan azam baru. Semangat baru.

Yosh ! Man jadda wajada. Siapa yang berusaha, dia yang akan menerima habuannya.

Kami dari pihak admin Fanpage Ain Maisarah , inginlah memberikan sedikit ucapan .

----------------------------------------------------------------------
Admin Soul ;


Assalamualaikum, saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kerana mengikut 

sebahagian ahli falsafah selagi belum sampai tempoh 1/3 daripada tempoh tamat hayatnya maka akan dikira 

baru. Jadi Selamat Tahun Baru kepada semua peminat Ain Maisarah :) .

-----------------------------------------------------------------------

Admin Adza ( Amin ) ;

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Haiyo, sudah bersawang blog ini! Lama tidak jenguk punya fasal! Siap ada labah-labah lagi. Haha. Apa-apapun, saya ingin mengucapkan, SELAMAT TAHUN BARU 2014. InsyaAllah, tahun ini akan 

menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Tambahan lagi, FAM akan berazam untuk menjadi lebih aktif tahun ini dengan program yang akan kami 

jalankan. Doakan ya!


-------------------------------------------------------------------------


Tidak lupa juga penulis BLINK yang kacak lagi bergaya. Eceh.

Itu dia. Awal-awal lagi Abang Azanil kita sudah mengingatkan tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di PWTC.

Temanya pula adalah Superhero dan pasti Kedai BLINK kali ini akan meletup meletup dengan warna ungu nya.

Jangan lupa temujanji dengan pihak BLINK pada 24 April sehingga 4 Mei 2014. Syurga buku sungguh :D !


---------------------------------------------------------------------------

Masuk sahaja tahun baru, Blink's Crew semua sibuk.

Kak Ain dan teman persejuangannya begitu sibuk dengan persiapan Kedai Blink.
Wah! *mulut melopong* ! Hebat sungguh Blink Book Sdn. Bhd. sekarang!
Semakin hebat, semakin maju. Aiwah!

Ayuh mendoakan semuanya berjalan dengan lancar.

Blink's Crew sekalian,
kerja itu boleh tetapi jangan lupa makan dan jaga kesihatan.
Jangan sampai sakit *gaya ibu menasihati anak-anak* .

Kami para admin dan Blinkers pasti mendoakan Kak Ain dan Keluarga Blink sentiasa sihat dan dibawah rahmat dan redha-Nya.

Moga Allah membantu kalian di atas usaha murni kalian dalam menanam minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan para remaja ^^ .

Yosh ! Sentiasalah menyokong pihak Blink !

Admin Nadia.
09Rabiulawal1435.
11012013.
1124.






4 ulasan:

Ayu berkata...

wah!

vini berkata...

Wah bagusnya

vinishaa berkata...

Kak ain kenapa talk balas lagi

vinishaa berkata...

Hi.