Khamis, 5 Jun 2014

Kembali? Kembali?

Assalamualaikum

Hai :D Apa khabar? Bersawang betul blog ni, rasanya. Huhu.. Alhamdulillah sudah selesai mengemas blog ini walaupun tidak secantik mana. Tak apalah, yang penting kemas dan senang dibaca kan? Alangkah senangnya kalau ada Superbibik untuk mengemas blog ini. Bolehlah admin goyang kaki 'layan' drama Korea sahaja. *ops. terserlah sifat malas*

Admin perasan, sejak admin-admin tidak aktif sangat, laman facebook Fanpage juga terima kesannya. Kalau dahulu, likers boleh mencecah 100 + tetapi sekarang tinggal 2 sahaja. Itupun admin like sendiri. Hehe.. Sengaja mahu tambahkan semangat. Padahal sedih tahu, bila tengok sikit sahaja likers. T_T

Ke mana perginya orang-orang handsome dan gorgeous yang selama ini support kami? Pergi melancong rasanya. Ataupun sibuk mengulang kaji pelajaran seperti para admin ini. Doakan kami berjaya dalam pelajaran ya!

Admin kurang sibuk untuk minggu ini sahaja. Mulai minggu depan, admin kembali sibuk mengalahkan Superbibik, Gadis Bintang dan Super 3G tau! Tetapi, InsyaAllah admin akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa update di blog ini sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Memandangkan tiada sesiapa yang berminat mahu memberi cadangan bagi menambah ruangan di blog ini dan admin tak dapat untuk berbincang dengan admin lain yang online kerana masalah Internet, jadi admin pun putuskan sendiri. Moga awak semua terima ruangan yang bakal admin sediakan ya!

  • Resepi : Pelbagai resepi mudah yang sedap dan pembaca yang masih bersekolah rendah pun boleh memasaknya. Contoh? Mungkin puding, ayam tandoori seperti di dalam Aku Mahu Saiz S dan sebagainya.
  • FAM terkini : Akan mengupdate berita-berita terkini yang terhangat di pasaran seperti Pesta Buku, pertandingan dll.
  • TGTW (The Great The Wannababes) : Mereka sudah kembali! Memandangkan laman web sendiri hilang atas kecuaian Fasha, maka mereka bertujuh setuju untuk menggunakan blog Fanpage ini sebagai medium perkongsian tips dan fesyen. (lebih sesuai dengan pembaca perempuan, rasanya)
  • Apa cerita? : Ini belum tentu lagi. Mungkin mahu memaparkan kisah admin-admin (Hehe..) sendiri. Aipp! Tetapi bukan sepenuhnya bercerita fasal kami sahaja tau. InsyaAllah, kalau baik, rajin dan ada masa terluang, kami akan kongsikan tips seperti tips menulis dll.

Macam mana? Teruja atau tidak? Awak semua pun boleh cadangkan ruangan lain di bahagian komen. InsyaAllah kami akan pertimbangkan dan akan memaklumkan di facebook Fanpage sekiranya cadangan awak dipilih. Oleh itu, jangan lupa tinggalkan link url facebook dan like facebook kami! :D

Bagi mengelakkan sidebar blog ini kosong, admin mahu meletakkan list blog supporters Fanpage ini. Kalau berminat dan mahu blog ala-ala dipromotekan, boleh tinggalkan url blog di bahagian komen. Masa terhad sehingga 15 Jun.

Jika awak semua perasan, blog ini sudah ada nuffnang. Nuffnang ini seperti tabung bagi kami. Oleh itu, jemput klik mana-mana iklan. Jangan risau. Tidak perlu bayar dan tidak akan kena hack pun. :)

InsyaAllah sekiranya bajet kewangan mencukupi, Fanpage akan adakan permainan/segmen/pertandingan yang menarik. Dan... Sudah tentu para pemenang akan mendapat hadiahnya! 

Siapa admin yang edit dan menulis entri kali ini? Hmm, rasanya biarlah rahsia. Hanya orang tertentu yang tahu. Jangan pula marahkan admin jika admin tidak sudi mahu beritahu identiti. Bila sudah sedia dan dapat keberanian hasil sumbangan Gadis Bintang, barulah admin beritahu ya!

Moga jumpa lagi di entri seterusnya dalam masa yang terdekat! Jaga diri ya. Selamat bercuti! 

Wassalam.
[Admin Fanpage Ain Maisarah yang super comel]

3 ulasan:

vinishaa berkata...

Says suka sangat baca buku cerita kak ain.

Tanpa Nama berkata...

btu

Dinesh berkata...

Vini I love u.....