Sabtu, 4 Februari 2012

Maulidur Rasul Maulidur Rasul



Assalamualaikum w.b.t dan Salan 1 Ummah..
   Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat lagi bernafas pada hari indah ini.. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini.
  Seperti yang anda semua maklum kita sekarang berada di dalam bulan Rabiul Awal di mana pada bulan inilah lahirnya kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.. Saya pasti kebanyakan sekolah pasti akan membuat sambutan Maulidur Rasul dengan mendengar ceramah,selawat atau perarakan.

   Jadi saya juga ingin memberi ceraamah mengenai Maulidur Rasul (macam ustaz pula rasanya).. Sebelum itu, cuba kita ingat balik apakah yang berlaku ketika waktu kelahiran nabi, Antara peristiwa yang berlaku ketika kelahiran nabi ialah tentera bergajah abrahah mahu menyerang Mekah, peristiwa ini pasti ramai yang sudah tahu. Selain itu, api di biara majusi yang sudah lama menyala dan tidak terpadam akhirnya terpadam jua apabila kelahiran nabi di dunia ini. Mekkah juga diterangi cahaya putih dan runtuhlah istana kisra parsi. Mari kita sama - sama menghayati lagu ini, di mana lagu ini mengisahkan tentang nabi Muhammad S.A.W.



      Sudah dengar lagunya? 'Best' kan? xD Baiklah teruskan lagi ceramah kita, cuba anda semua fikir apa sebenarnya pengajaran yang paling penting ketika Maulidur Rasul ini. Iaitu ketika saat kewafatan Nabi kita, sebab Nabi menggalakkan kita supaya sentiasa ingat kepada kematian, anda tahu tak nabi sangat menyayangi kita semua, sehingga baginda menyebut 'Ummati Ummati' iaitu 'Umatku Umatku'.. Baginda amat risau dengan umatnya pada masa kini sehingga baginda berdoa supaya setiap balasan kita akan ditangguhkan. Baginda tidak mahu melihat umatnya binasa seperti mana umat nabi - nabi lain.. Kita sepatutnya bersyukur kalau bukan kerana doa Nabi kita mungkin sudah binasa.

   Dalam masa  yang sama kita hendaklah sentiasa rindu dengan Rasulullah. Macam mana caranya? iaitu dengan mengikut sunnahnya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Bagaimana pula dengan para sahabat nabi yang menyayangi nabi? Selepas Saidina Umar mendengar berita mengenai kewafatan Nabi, Saidina Umar mengatakan 'Siapa yang mengatakan Nabi sudah wafat saya akan pancung dengan pedang ini' akhirnya beliau ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar. Lihat bertapa sayangnya mereka terhadap Nabi mereka dan juga Nabi kepda kita semua. Marilah kita mendengar sebuah lagu ini sebelum saya mengakhiri ceremah saya...



Semoga apa yang sampaikan hari ini dapat menghadirkan rasa rindu kita kepada Nabi, walaupun tidak banyak tetapi ini sahaja yang boleh saya sampaikan. Kita akhiri ceramah ini dengan tasbih kifarah dan suratul Asr..

   Baiklah setelah tamat ceramah kita, mari kita lihat apa kemajuan Kak Ain pada minggu ini, seperti yang anda semua maklum kemunculan Mat Blink dengan pelbagai video yang menakjubkan, mari kita lihat antara videonya....



dan juga



Haha.. bestkan videonya.. banyak lagi perkara menarik yang berlaku pada minggu ini iaitu Tuan Syaizul Amal membuat komik sendiri, mari kita lihat salah satu karyanya.


Di Berita Harian juga terdapat pertandingan 'Bergambar dengan Novel Kak Ain',Sila klik di sini untuk keterangan lanjut (malas nak tulis panjang - panjang :P)
Ini sahajalah yang dapat kita kongsikan, Assalamualaikum w.b.t
|Admin Ahmad|

3 ulasan:

Nur Dini berkata...

Cantiknya Fanpage AinMaisarah ni....lagunye pon best :D

ieykah_atikah berkata...

Fanpage kak ain simple tpi cantek and nampk mcm budk2 ....hihihi akak tulis lgi lah novel kak ..semue novel akak terbaik!!!!!

Shikin berkata...

Cantek La Fanpage AinMaisarah ..