Sabtu, 11 Februari 2012

Menggayakan Watak Novel Ain Maisarah! Menggayakan Watak Novel Ain Maisarah!

Assalamualaikum w.b.t kepada para pengikut Blog Fanpage AinMaisarah

Sebelum itu, saya mengingatkan anda, sekiranya anda tinggal atau sedang berada di Negeri Melaka, silalah tinggalkan laptop atau komputer atau tab atau iPhone atau yang seangkatan dengannya kerana pameran buku sedang berlangsung di Dewan Tun Ali! Dan yang paling menariknya ialah, Kak Ain dan PTS juga akan berada di sana! Kak Ain akan berada di meja pameran dari jam 10 pagi sehingga jam 5 petang sahaja. Jadi, apa tunggu lagi? Rugi kalau tak pergi! Untuk maklumat lanjut sila klik:


di sini 


*Disebabkan sekarang sudah melebihi 5 petang maka perkara di atas sudah tidak perlu dibaca rasanya :P


Teruskan membaca sekiranya anda tidak berada di Melaka. Menyebut tentang Ain Maisarah, adakah anda tahu tentang pertandingan yang sedang berlangsung? Pertandingan itu ialah... (Bunyi ketukan daram) Pertandingan Menggayakan Watak Novel AinMaisarah! Kepada yang tidak mengetahui tentang pertandingan ini, Kak Ain dan barisan juri akan memilih 5 orang yang paling kreatif dalam menggayakan watak novel AinMaisarah. Para pemenang yang dipilah akan menerima sebuah novel karaya AinMaisarah dan gambarnya akan disiarkan di dalam suratkhabar Berita Harian! Wah, popularlah kawan - kawan sekiranya anda berjaya di pilih!

Bagaimana mahu menyertai? Mudah sahaja. Anda hanya perlu menggayakan watak novel, tangkap gambar dan hantarkan gambar melalui e-mail kepada : akumahuhadiah@gmail.com . Sertakan sekali nama penuh, umur dan sedikit penerangan mengenai gambar yang anda yang hantar. (sekiranya tidak tahu cara - cara menggunakan e-mail, Pak Cik Google sedia membantu!) Bertindaklah sekarang kerana tarikh tutupnya ialah pada 13 Februari 2012 jam 8 malam.

(Maklumat lanjut sila klik : di sini )

contoh penyertaan :

















Nama : XX
Umur : X
Penerangan : Kak Ain, saya cuba melakonkan kembali watak Gadis Bintang dengan posing yang sama sperti lukisan kulit buku Hero Rebut Popular. Baju ini saya dan emak gabung - gabungkan hingga menjadi seakan - akan baju Gadis Bintang yang glamour itu.

Seperti yang dijanjikan oleh admin - admin Fanpage AinMaisarah, saya akan mengumumkan ADMIN OF THE MONTH untuk bulan Januari! Seperti yang anda sedia maklum, pemenangnya tentulah admin.... Admin apa? Admin ______ Eh, sekejap! Saya mahu bunyikan dram! Pemenangnya ialah..... Admin......  Ehem!..... Admin .... Sekejap, lupa pula!... Oh ya! pemenangnya ialah...... Admin Adza (Amin) ! Beliau telah berjaya meraih sebanyak 44 undian! Mari kita berikan tepukan gemuruh atas kemenangan beliau!



Nampaknya, nama Adza Amin masih tersemat kukuh di dalam hati para peminat walaupun beliau sudah pergi ke asrama Kolej Islam Sultan Alam Shah. Kuat betul pengaruh beliau, ya?

Nampaknya, entri blog ini sudah pun sampai ke penghujungnya. Terima kasih saya ucapkan kepada pambaca yang sudi membaca. Maaf dipinta andai tersilap kata. Semoga berjumpa lagi di dalam entri yang seterusnya.

Yang sangat penat menulis :
|Admin Alia|

Editor :
|Admin Ahmad|

Tiada ulasan: