Sabtu, 18 Februari 2012

Tiga soalan.. Tiga soalan..

Assalamualaikum pembuka bicara,
Tidak lupa juga salam sejahtera,
Saya di sini mula bersuara ( mula menaip sebenarnya ),
Silalah baca dengan tenang dan bergembira.
*( Ada yang rasa mahu membalas pantun? Silakan.. ^_^ )

Hari ini saya akan kemukakan tiga soalan kepada pembaca sekalian.


Soalan pertama berbunyi begini :
               Saya ingin bertanya kepada pembaca sekalian, adakah anda telah menyertai pertandingan menggayakan watak novel karya Kak AinMaisarah? Hal ini kerana, terdapat diantara admin-admin di sini yang menyertainya termasuklah Admin Hidayah dan Admin Ahmad. Apa? Tidak tahu-menahu pun? Aduh! Sila klik DISINI untuk melihat gambar-gambar yang dipertandingkan. Tahniah saya ucapkan kepada yang menyertai dan juga yang menyumbang ‘like’ anda. Siapalah agaknya pemenangnya kan? Silalah beli akhbar Berita Harian ya! Sudah beli? Sudah tahu siapa pemenangnya? Tahniah, tahniah dan tahniah ya kepada pemenangnya. ( Cemburu pula saya kerana anda akan mendapat hadiah dari Kak AinMaisarah, kongsilah dengan saya ya! Hehe.. )

Kepada sesiapa yang tidak dapat membeli BH semalam boleh lah lihat pemenangnya di sini:

  Nama : Nuha Soffiya binti Yusliizudin
Umur :10 tahun


Nama : Nur Iman Nabila binti Yusliizudin
Umur : 12 tahun


 Nama : Nor Fasihah binti Zamzury
Umur : Dia cakap 17 tahun


Nama : Aida Nur Iman binti Herman
Umur : 11 tahun


Nama : Admin Ahmad
Umur : Masih muda lagi


Nama : Ammalyn Jasriena
Umur : 12 tahun


Soalan kedua:
                Adakah anda semua sudah mula mengumpul duit untuk membeli novel-novel karya Kak AinMaisarah serta hasil karya daripada penulis-penulis dari syarikat penerbitan selain Blink Books seperti PTS? Jika belum, marilah kita menabung bersama ya kerana nanti, beberapa buah novel terbaru termasuk novel lama yang berwajah baru akan dikeluarkan di pesta buku nanti. Tidak sabar rasanya mahu membaca dan bersua muka dengan Kak AinMaisarah. Klik SINI untuk melihat tajuk-tajuk buku yang akan diterbitkan. J


Soalan terakhir:
               Adakah anda sudah mengetahui tentang pertandingan yang dianjurkan oleh Admin Nadia bersama Umi Rohana Usman? Pertandingan tersebut adalah pertandingan mengedit gambar The Normal Size dan The Wannababes. Sila KLIK SINI untuk matlumat lanjut.

Sebagai penutup bicara saya pada hari ini, marilah kita menonton video dari AmanWan yang bertajuk "definisi kacak pada budak darjah lima" ( tiada kena-mengena dengan tajuk kita hari ini ). Sebelum itu, diminta anda semua menekan pause pada lagu dibawah untuk menonton. Selamat menonton!




Sekian sahaja dari kami,
Sehingga kita ‘berjumpa’ lagi.

Salam sayang,
|Admin Sakura|

Edited by :
|Admin Ahmad|

Tiada ulasan: