Sabtu, 25 Februari 2012

Pertandingan dan pencarian. Pertandingan dan pencarian.

Hai hai hai dan Assalamualaikum semua.
Seperti biasa, saya ada pantun sebagai pembuka bicara. Baca ya! ^_^

Selamat sejahtera pembaca semua,
Harap semuanya sihat belaka,
Sini sini Admin Sakura mahu berbicara,
Tajuk hari ini adalah tentang pertandingan yang sudah pun bermula.
( Maaflah pantun ini agak pelik, Admin Sakura menulis dengan tergesa-gesa sekarang ini. ^_^ )

Pasti peminat-peminat Kak AinMaisarah Novelis sudah mengetahui perkembangan terkini bukan?
Buat pengetahuan mereka yang masih belum mengetahui,beberapa pertandingan telah diadakan oleh Pihak Blink Book dan Kak Ain sendiri. Pertandingan ini telahpun bermula pada beberapa hari yang lepas. Eh eh, janganlah hampa dulu! Pertandingan tersebut masih belum ditutup. Berikut adalah pertandingannya dan cara menyertai :

PERTANDINGAN @ PENCARIAN GADIS BINTANG :-

Pencarian ini hanyalah bagi gadis-gadis bagi menggayakan watak Gadis Bintang semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa di PWTC nanti. Apa? Bila Pesta buku diadakan? Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012 akan diadakan pada 27 April sehingga 6 Mei 2012. Buat pengetahuan semua pembaca, kostum Gadis Bintang sedang dijahit dan bakal siap dalam tempoh lebih kurang tiga minggu lagi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada gambar ya! ^_^
                            

PERTANDINGAN MEMBERI NAMA WATAK :-

Watak-watak yang akan diberi nama ini adalah antara watak utama dalam siri Nomik (Novel + Komik) yang bakal diterbitkan oleh Blink Book Sdn Bhd. Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima satu novel AinMaisarah sebagai hadiah. Boleh disenaraikan nama yang sesuai untuk watak ini dibahagian komen gambar tersebut (Facebook Kak AinMaisarah Novelis). Setiap seorang boleh memberikan lima nama. Bukan hanya satu watak sahaja tau yang boleh diberi nama, banyak! ^_^



                                        



PENCARIAN TAGLINE :-

Kepada pembaca yang masih samar-samar tentang tajuk diatas, saya akan membantu anda untuk menerangkan apa maksudnya. Wahai pembaca yang disayangi, Kak Ain sedang mencari idea untuk tagline Novel Aku Mahu Teman Tapi Mesra, Aku Mahu Super Bibik dan Aku Mahu Buli memandangkan novel-novel tersebut akan ditukar covernya. Contohnya, untuk Novel Aku Mahu Lawan Hantu, taglinenya ialah "Mulut Celupar Pasti Diganggu." Jadi, tidakkah pembaca sekalian mahu membantu Kak Ain? Ayuh,kita sama-sama ke 'Wall Facebook' Kak AinMaisarah dan memberi idea yang bernas supaya kita semua dapat membantu Kak Ain! ^_^

                                     

Akhir sekali, saya sajikan khas buat pembaca novel karya Kak AinMaisarah sebuah video yang menarik untuk anda semua mengenali MatBlink dan BlinkBook terutamanya kepada yang masih belum mengenali.
( Jangan lupa tekan 'pause' pada lagu dibawah ya! )

Sudah penat saya menaip, jadi izinkan saya mengakhiri 'ucapan' saya pada hari ini ya!
Sekian sahaja dari saya,

1 ulasan:

Minn Nasir berkata...

I- yasmin
II-qamarina
III-tina
IV-saniah
V-mimie