Selasa, 24 April 2012

Ain Maisarah Menghadapi Sindrom Kelam-kabut? Ain Maisarah Menghadapi Sindrom Kelam-kabut?

Oh tidak, oh tidak, oh tidak! Apa? Novelis pujaan anda diserang virus sindrom? Apa ini semua?
Sabar, sabar. Ini hanyalah mukadimah yang saya rasa tidak menjadi kesaspenannya. Oh terlupa.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, dan salam Ain Maisarah. (pandai-pandai sahaja saya cipta ucapan salam). Oleh sebab saya, Faridzuan Comel (bukan nama tipu) sudah agak lama tidak menulis entri di sini, maka saya kembali untuk berkongsi segala gosip dan cerita tentang novelis pujaan-idaman anda, tidak lain tidak bukan, Ain Maisarah. Sebenarnya, saya sudah lama tidak menulis di blog ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah pertandingan-pertandingan yang perlu saya wakili sekolah menyebabkan saya tiada masa terluang untuk menulis di sini. Selain itu, kerja sekolah yang menimbun tinggi seperti Gunung Everest juga menyebabkan saya tidak berpeluang untuk berada di sini, berkongsi cerita dengan semua peminat. Oh! Tidak dilupa juga oleh hasutan syaitan yang menjadikan kepala saya timbul 2 bilah tanduk halimunan yang sangatlah tajam, mendorong perasaan malas yang menjadi-jadi mencengkam jiwa saya. Okey, sila jangan percaya.

Berbalik kepada tajuk entri yang tidak berapa cantik dan elegan ini. Ya! Ain Maisarah sekarang sedang mengalami sindrom yang ditakuti oleh semua manusia, termasuklah diri saya sendiri. Tidak percaya? Betul! Tidak percaya lagi? Mari saya paparkan kepada anda semua antara status yang menunjukkan bahawa Ain Maisarah mengalami kejutan kelam-kabut.


Kasihan bukan? Oleh itu, apakah peranan anda sebagai peminat Ain Maisarah yang sejati? Pertama, doakan agar Kak Ain dipermudahkan segala urusan. Kedua, sekiranya anda seorang yang baik seperti angel orang putih yang ada gegelang halimunan terapung-apung di atas kepala, doakan agar pencuri yang suka mengacau-bilaukan tugas-tugas Kak Ain mendapat hidayah Tuhan, seterusnya buat solat taubat dan meminta maaf dengan Kak Ain face-to-face. Sekiranya anda seorang yang kejam dan sering teraniayai, doakan agar pencuri itu jatuh dari katil ketika bangun dan lumpuh untuk berjalan selama 12 jam. Kejam, bukan? Okey, jangan tiru aksi ini. Bahaya! 

Pesta Buku Antarabangsa KL PWTC, bila tarikhnya? 27 April hingga 6 Mei. Sudah bersedia untuk menyerbu Kedai Pink Ain Maisarah yang sememangnya dipenuhi oleh lampu-lampu yang blink-blink? Jika begitu, bagus. Kumpul duit banyak-banyak. Jangan sampai ada yang kebuluran kerana mengumpul duit belanja dengan menahan diri dari makan lagak berpuasa. 

Klik imej sekiranya anda menghadapi masalah penglihatan.
Novel-novel baru Kak Ain akan anda dapat lihat dan saksikan sendiri secara live di Kedai Pink Ain Maisarah.
Kita ada novel bersiri 'Aku Mahu' yang sudah bertukar baju dan gaun. Tidak dilupa disulami sekali dengan manik yang menyilaukan mata.
Antara novel 'Aku Mahu' yang sudah bertukar baju. Alololo, comelnya diva kecil itu.

Ada jualan pakej RM 150. Anda akan memperoleh item-item seperti :

1) Aku Mahu Cincin Di Jari
2) Aku Mahu Bunga Di Hati
3) Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib
4) Senah White dan Wannababes Kerdil
5) Hero Takut Zombie
6) Nomik Lawak Sekolah
7) Cenderamata comel, poster, badge, Novel comel

Selain itu, anda juga boleh bergambar bersama Kak Ain Maisarah dan mendapatkan tandatangannya yang sememangnya comel. Cuma gambar ini bukan di PWTC. Ini diambil ketika kami menikmati Big Apple Donut di Popeyes, Mid Valley. Eh, kenapa mesti ada gambar saya? Oh apa-apa sahaja. Saya yang tulis entri, suka hati sayalah letak gambar saya, hehehe. Kejamnya. -___- 

Okey selesai sudah saya berceloteh. Semoga anda semua dapat informasi yang diinginkan. Dan silalah muntah dengan segera sekiranya ayat saya ini super gedik. Saya tahu sebab sudah lama saya tidak menulis di sini. Oh ya, hati-hati ketika memandu. Pakai tali pinggang dan baca doa sebelum bertolak untuk menyerbu Kak Ain di PWTC nanti. Oh, lagi satu, kirimkan salam sayang saya kepada Kak Ain. Kemudian inbox saya di Facebook. Sesiapa yang buat akan menerima kredit prabayar RM 50, 5 tahun akan datang setelah saya bekerja dan berjaya menjadi seorang novelis. Huhuhu. Jangan sekadar cakap-cakap kosong, usaha tangga kejayaan!

Sekian.

Yang paling disanjungi oleh kucing yang bernama Comel,
M Faridzuan Majid.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha

Diana The Great Babes berkata...

kesiannya! Diana dah follow. apa-apa pun, cantik sunnguh blog ni! pink macam kak Ain